Anak perempuan hilang, ibu 4 hari tak lalu makan..

Duyong , 4 April – Seorang gadis yang dikenali sebagai Nur Farihin Yusri, 19 tahun dilaporkan telah menghilangkan diri sejak 19 Mac lalu. Bapa kepada Nur Farihin merayu agar anak perempuannya itu segera pulang ke pangkuan keluarga.

 

 

.

Bapa kepada Nur Farihin, Yusri Mohamad, 54, berkata, anak perempuannya itu merupakan anak bongsu dari enam beradik dan sedang menyambung pelajarannya di Kolej Komuniti Jasin. Anaknya itu dikhabarkan menghilangkan diri mengikuti seorang rakannya.

 

 

.

Menurut bapanya, anak perempuannya itu tidak menunjukkan sebarang tanda yang tidak menyenangkan ketika hari terakhir berjumpa.

 

 

.

“Sebelum dia hilangkan diri, kami bawa dia pergi makan. Hari Selasa tu dia masih hubungi mak dia seperti biasa, tapi esok harinya telefon bimbit dia dah tutup.

 

 

.
“Saya telefon rumah sewa dia, kawan- kawan dia bagitahu yang Farihin dah tak balik rumah dipercayai ikut seorang rakan dia,” katanya ketika ditemu MelakaKini di Taman Seri Duyong, semalam.

 

 

 

.
Pada 21 Mac, Yusri membuat laporan polis agar pihak berkaitan dapat membuat tindakan selanjutnya.

 

 

.
“Saya buat laporan polis sebab tak tahu nak cari anak di mana lagi, kalau apa- apa jadi bila dah buat laporan polis senang.

 

 

.
Sambungnya lagi, “Sebelum dia (Nur Farihin) hilangkan diri, kita tak marah dia pun. Kalau nak kata kongkong, kita tak hantar dia pergi belajar, bagi duit belanja semua.

 

 

.

Kerjasama daripada orang ramai sangat diperlukan pada masa ini jika terjumpa atau mengenali Nur Farihin diminta untuk segera menghubunginya di talian 017-3113711

 

 

.
Bapanya sangat berharap agar sesiapa yang mengenalinya agar minta dia segera balik. Dia tidak pernah marah anaknya itu dan mak kepada Farihin juga amat rindu dengannya sehinggakan 4 hari sudah tidak lalu untuk makan.

 

 

.
Jika anaknya itu segera balik, dia berjanji untuk membawa anaknya itu pergi bercuti kerana dia baru sahaja pencen.

 

 

Sumber : Melaka kini. my

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *