Bantuan Pinjaman MARA 2021 adalah satu bentuk bantuan kepada usahawan Bumiputera bagi menyemarakkan lagi sektor keusahawanan ke arah yang lebih komprehensif.
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi pembangunan sosio-ekonomi yang berusaha membangunkan usahawan Bumiputera untuk bersaing. Persaingan bukan sahaja di dalam negara namun sehingga ke peringkat antarabangsa.
MARA ditubuhkan pada 1 Mac 1996. Agensi ini di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia. Skim pinjaman MARA sentiasa diperkasa untuk membantu usahawan Bumiputera untuk bersaing dengan lebih giat lagi.
13 Jenis Skim Pinjaman MARA
Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA/Belia (PUTRA)
Pinjaman ini adalah bertujuan untuk mereka yang terlibat dalam perniagaan mikro. Sektor yang terlibat ialah peruncitan, pembuatan dan perkhidmatan. Sektor pertanian dan penternakan tidak layan memohon. Skop pembiayaan adalah untuk pusingan modal dan pembelian mesin atau peralatan dengan had pembiayaan sebanyak RM 10,000. Tempoh bayaran balik ialah 1-3 tahun dan hanya perlu kemukakan seorang penyokong dari ahli keluarga.
Syarat-syarat Khusus
- Belia yang telah menjalankan perniagaan tidak kurang dari tiga (3) bulan dengan perkembangan yang baik.
- Pelajar IPMa yang sedang mengikuti latihan industri atau program inkubator di IPMa.
- Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa).
- Tidak pernah mendapat sebarang kemudahan pembiayaan MARA.
Pembiayaan Perniagaan Kepada Orang Kelainan Upaya (Skim OKU)
Pembiayaan ini adalah untuk memudahkan golongan OKU mengusahakan perniagaan sendiri kecuali untuk golongan ketidakupayaan mental. Skop pembiayaan adalah untuk modal pusingan, ubah suai permis perniagaan dan pembelian mesin atau peralatan. Had pembiayaan ialah sebanyak RM 50,000 dengan tempoh bayaran balik 1-15 tahun.
Skim Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi)
Skim ini bertujuan untuk pembiayaan perniagaan kepada lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) bagi menjalankan perniagaan yang bersifat komersil. Minimum pembiayaan ialah sebanyak RM 10,000 dan maksimum pembiayaan adalah sebanyak RM 50,000 dengan kadar keuntungan sebanyak 4%. Tempoh pembiayaan ialah selama 1-5 tahun.
Syarat-syarat Khusus
- Lepasan IPMa yang menamatkan pengajian dengan jayanya.
- Mendapat surat sokongan daripada Pengawal Pusat di tempat menjalani latihan / belajar.
- Memula/ mempertingkatkan perniagaan yang sama atau berkaitan dengan kursus yang diikuti di IPMa; Atau Menjalankan perniagaan dalam bidang yang lain sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)
Skim ini bertujuan untuk melibatkan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita yang sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah. Skop pembiayaan adalah untuk modal pusingan dan pembelian mesin serta peralatan. Had pembiayaan adalah sebanyak RM 50,000 dengan tempoh pembiayaan 1-10 tahun. Kadar keuntungan adalah sebanyak 4%.