Melaka: 3 Mangkuk Cendol Durian berharga RM114
MELAKA – Tular baru- baru ini di Media Sosial Sekeping gambar resit harga bersama 3 mangkuk Cendol Yang berharga RM114. Ramai yang menganggap ianya Cekik darah kerana Harga terlalu mahal dan tak masuk akal.
Muhammad Ariff Qayyum Mohd Zambri 25 Yang merupakan pengusaha dan juga pemilik Raja Cendol Taming Sari berkata harga yang ditetapkan adalah berpatutan.
“Saya tidak tahu apa niat individu terbabit tetapi Saya amat berterima kasih kerana dengan Cara itu Secara tidak langsung dapat mempromosikan kedai Saya” – Ujar Pemilik Kedai Cendol tersebut.
Menurutnya juga kedainya sudah dibuka sejak 19 bulan yang lalu dan harga yang dikenakan adalah sama seperti sekarang iaitu Dari RM17 hingga RM38.
Harga cendolnya ditentukan berdasarkan jenis Durian yang disediakan iaitu Musang King, Udang Merah, D101 Dan D24 . Durian setiap mangkuk Cendol sudah ditimbang antara 120 hingga 150 gram bagi setiap hidangan untuk kepuasan pelanggan.
Sepasukan anggota penguatkuasa telah pun dihantar bagi melakukan pemeriksaan terhadap premis itu dan mendapati premis tersebut mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Kesimpulannya , Tiada Isu Besar disini, jika Anda Mampu Beli silakan. Jika Tidak Mampu jangan meroyan dan memviralkan sesuka Hati.