Harta Karun Sultan Mansur Syah

Sepanjang saya mengkaji sejarah,saya telah memegang banyak rahsia diraja.Antaranya Kesultanan Kedah dan Perak.Saya mengetahui sejarah lebih dari sultan-sultan dan keluarga mereka pada hari ini.

Bertuahnya,rahsia itu jatuh ke tangan saya,bukan manusia-manusia yang tamak dan menjual negeri.

Saya telah memberitahu petunjuk ‘Kota Gelanggi’ di dalam artikel ketiga ‘The Last King Solomon’s Mines’.Sebenarnya,kota itu telahpun ditemui oleh para pegawai British,sebab itu saya tahu.Di mana?Dari jurnal-jurnal mereka.

Seperti biasa,apabila mereka ingin kembali,jejak mereka hilang.Sebenarnya bukan masalah tapak itu disembunyikan bunian,tetapi ‘landmark’ mereka yang sudah berubah atau ‘diubah’.

Sepertimana harta karun empayar Melaka,saya ingin memberitahu anda jika anda tidak tahu tentang ini…fakta bahawa conquistador Portugis sebenarnya TIDAK MENEMUI SEBARANG HARTA SEBENAR milik kerajaan Melaka seperti yang mereka dengar dari para pedagang.

Apa yang Flor de la Mar bawa dari Melaka hanyalah perhiasan istana dan masjid Melaka yang tidak sampai 10% kekayaan Melaka yang terdiri dari jongkong-jongkong emas dan intan berlian.Harta yang dikumpulkan dari perdagangan maritim yang sibuk di Selat Melaka,dari Raja Permaisura sehinggalah Sultan Mahmud Syah.Legenda yang didengar dari para pedagang di Venice bahawa ada sebuah ‘seaport’ di Timur yang lebih kaya dari para bangsawan Genoa.

“Whoever is Lord in Malacca has his hand on the throat of Venice”

-Barbarossa

Ini adalah sebab utama mengapa Portugis berminat dengan Melaka.

Setelah Melaka jatuh,para askar Portugis berarak menuju ke istana sultan.Alangkah kecewanya mereka,istana sultan kosong seolah-olah dijarah sebelum mereka!Kecuali beberapa perhiasan dan barang-barang pemberian raja-raja seluruh dunia,jongkong-jongkong emas seperti yang diberitakan kepada mereka langsung tiada.

Soalannya: Dimanakah harta karun ‘The Emperors of Malacca’?

SEBENARNYA bukan soalan ‘dimana’ tetapi ‘bagaimana’.

Sultan Ahmad mempunyai ‘blueprint’ yang menakjubkan,tentang rancangan pemindahan harta karun kerajaan Melaka bernilai trillion dollar menggunakan armada tentera lautnya.

That’s why askar Portugis tidak menemui sepicing pun armada tentera laut Melaka pada hari serangan.Mereka sudah pergi pada malam sebelumnya,membawa,

The Secret Treasure of King Masusa & King Mohamut.

Antara harta yang dibawa ialah perkakas dan bahan mentah untuk pembinaan ‘jambatan emas dan perak’,perhiasan emas kuil dari India dan katalog barangan gangsa dan sutera dari China.

Ada dua pelan,satu dibawa melalui jalan darat menggunakan gajah dan satu lagi adalah epik;menggunakan kapal-kapal armada Melaka dengan berat setiap satu mencapai bertan-tan,kebanyakannya adalah sejumlah besar jongkong-jongkong emas dan batu permata.

“…there is a large amount of property which is not owned by any king in the world, carried by 70 elephants..”

-anonymous soldier in The Conquistadors,published in 1860

Yang diangkut oleh gajah-gajah itu berjumlah 30% dan selebihnya adalah dengan menggunakan kapal-kapal.

Apa yang saya tahu adalah melalui ‘tricky clue’ yang ditinggalkan oleh Tun Seri Lanang dan petunjuk dari pengarang kitab Hikayat Hang Tuah.Pengarang kitab ini anonymous sebab tidak ingin dicari jika rahsia didekod ketika zamannya sementelah beliau tahu bahawa rahsia itu hanya akan difahami oleh anak cucunya seperti saya.

Selebihnya ialah rujuk-silang dari conquistador dan The Comentarios dan jurnal Belanda.

 

SUMBER

 

#TMK

#Sejarah

 

All Right Reserved by The Melaka Kini  | Copyright @ 2019

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *