“Jawatan kosong untuk Anak Melaka yang berumur 18 tahun ke atas.”

“Jawatan kosong untuk Anak Melaka yang berumur 18 tahun ke atas.”u

Mungkin ramai yang sedang mencari-cari kerja kosong untuk apply, Tapi tak jumpa-jumpa sampai sekarang.

Jadi kalini korang jangan lepaskan peluang keemasan ni,  sebabnya Jabatan Agama Islam Melaka sedang membuka 4 jawatan kosong bagi mereka yang berkelayakan.

Dan keutamaan diberikan kepada anak negeri Melaka,  bestkan? Haaa apa tunggu lagi, baca artikel ni sampai habis, sebab admin akan share sedetailnya sampailah ke borang2 yang perlu  korang dapatkan untuk memohon jawatan tersebut.

Antara jawatan kosong yang sedang mempelawa anda untuk mohon adalah:

1)
Jawatan:  Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam     (Imam Masjid Parlimen)
Gred : S29
Status : Kontrak ( Contract Of Services)
Kumpulan : Sokongan

2)
Jawatan : Pembantu Hal Ehwal Islam ( Imam Masjid Dun)
Gred : S19
Status : Kontrak ( Contract Of Services)
Kumpulan : Sokongan

3)
Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Gred : N19
Status : Kontrak ( Contract Of Services)
Kumpulan : Sokongan

.
Jadi, inilah dia tiga jawatan kosong yang korang boleh cuba untuk mohon, Seterusnya korang perlu tahu juga syarat-syarat perlantikan untuk memohon jawatan kosong tersebut.

Justeru itu,  admin telah senaraikan dibawah ini antara syarat-syarat  yang korang semua perlu patuhi untuk memohon jawatan kosong yang telah dinyatakan tadi. Antara syarat-syarat untuk memohon jawatan tersebut adalah mengikut jawatan.

.
1) Jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam     (Imam Masjid Parlimen)

SYARAT-SYARAT PELANTIKAN:
i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan
mendapat kepujian dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab.
[ Gaji Permulaan: RM 1,493.00 ] ;

atau
ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[ Gaji Permulaan: RM 1,493.00 ] ;

atau
iii. Diploma dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM 1,770.95 ];

dan
iv. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

.

2) Jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam ( Imam Masjid Dun)

SYARAT-SYARAT PELANTIKAN:
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat
Kepujian dalam mata pelajaran Agama Islam atau Bahasa Arab;
[ Gaji Permulaan: RM 1,352.00 ] ;

atau

ii. Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama Malaysia dari Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ;

[ Gaji Permulaan: RM 1,352.00 ] ;

dan
iii. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
.

3) Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

SYARAT-SYARAT PELANTIKAN:
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan: RM 1,352.00 ] ;

atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil
Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

[ Gaji Permulaan: RM 1,408.00 ] ;

atau
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil
Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan: RM1,464.80 ];

dan
iv. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

.
.
.
Anda juga boleh muat turun syarat-syarat pelantikan pada pautan berikut : https://drive.google.com/drive/folders/1PYei9hdKB-ATgVh69hZIwFuXgJjmxmNd?usp=sharing

.
Seterusnya untuk memohon jawatan kosong tersebut, tuan-tuan dan puan-puan boleh memuat turun borang permohonan pada pautan berikut :http://www.jaim.gov.my/Muat-Turun/Borang

Ingin dapatkan lebih banyak info, sila follow facebook page Melaka Kini, Instagram @themelakakini, dan layari pautan www.themelakakini.com

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *