JPL Hospital Alor Gajah (Hospital Kluster Melaka) berpindah

AYER KEROH 9 Jan. – Perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar (JPL), Hospital Alor Gajah akan dihentikan sepenuhnya mulai jam 9 malam pada 18 Januari ini.

Menerusi kenyataan dikeluarkan di laman sosial Jabatan Kesihatan Negeri Melaka operasi jabatan itu akan dipindahkan di Klinik Kesihatan Alor Gajah (Bangunan Hospital Alor Gajah Lama) dan akan beroperasi pada 21 Januari depan.

Katanya, operasi bagi Klinik Kesihatan Ibu dan Anak akan beroperasi mulai 14 Januari ini dan perpindahan itu tidak melibatkan perkhidmatan klinik pakar di hospital itu.

“Waktu operasi klinik bermula jam 8 pagi hingga 9.30 malam dari Isnin hingga Jumaat, manakala hari Sabtu, operasi bermula jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Pejabat Kesihatan Alor Gajah di talian 06-556 6235,” katanya.

Kredit- Melakakini.my

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *