Kedai Kuih Keria WAJIB MAKAN di Limbongan Melaka

Di Melaka kalau sebut pasal Kuih Keria Antarabangsa Limbongan (Hjh. Rahmah), mesti tak asing bagi orang kita.

Hampir semua yang datang ke Melaka akan wajib singgah ke sini.

Nak kata kedai Kuih Keria Antarabangsa Limbongan (Hjh. Rahmah) ni terlalu femes sampaikan kena beratur beb!

Kalau hari cuti lagi la, kadang-kadang 1-2 jam kena beratur nak beli.

Kalau hari hujan pun, orang sanggup lagi beratur sebab kuih keria ni memang padu!

Disebabkan terlalu femes, so kami cadangkan korang untuk pergi pada waktu bukan kemuncak.

Contohnya, jangan pergi masa cuti sekolah atau cuti hujung minggu.

Bukan ape, nanti kena menunggu lama. Kesian kat korang.

Lagi satu timing pun penting.

Pastikan datang seawal 11.30 pagi.

Pergi lewat orang dah ramai haha.

Oh ya satu lagi, kedai ni tutup hari Jumaat.

So jangan pulak korang pegi hari tu.

Kalau nak datang sini, datang dengan perut kosong.

Baru sedap nak makan kuih keria tu.

Kuih keria ni memang gebu, lembut dan sedap.

2 jenis kuih keria yang dijual, satu disira dengan gula melaka.

Satu lagi disira dengan gula biasa.

Harga untuk sekeping kuih keria cuma 60 sen je.

Kalau nak ke lokasi boleh je klik link sini.

#TMK #TMKEat

All Right Reserved by The Melaka Kini  | Copyright @ 2019

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *