Kesan ‘Revolusi’ & Kapal Mendam Berahi

Ada beberapa kesan daripada ‘raid’ yang dilakukan saya sejak beberapa hari ini.Mungkin kecil tetapi maybe this is one small step for a man, one giant leap for the entire history of the nation.Bertuahnya,di sana ada Hukum Pareto.

Pertama,fanpage Jabatan Warisan telah menghapuskan foto-foto makcik-makcik bermain masak-masak.Kemudian jabatan tersebut menaikkan status-status yang memaparkan premis atau tapak bersejarah,disertakan dengan penerangan yang informatif.Tahniah,ini baru gentle 🙂

Kemudian,fanpage Jabatan Arkib Negara yang dikatakan bagus,tetapi kosong dan ntahapapa,telah dihapuskan serta-merta.Tahniah saya ucapkan.Buat menyemak je.

Cuma ada satu page yang pelik yang boleh menjatuhkan imej Arkib Negara:

https://www.facebook.com/…/Arkib-Negara-Mal…/476383302452241

Kemudian,ada seorang berjawatan di PNM,telah ‘merayu’ kepada saya supaya tidak memanjangkan isu ‘manuskrip kimchi’ dan ‘berjanji’ akan berbincang dengan pihak atasan untuk menyelesaikan isu berbangkit.

Okay,mungkin ada pertanyaan mengapa saya perlu buat operasi ‘The Raid’ ini?Sebab saya nak semua jabatan kerajaan berkaitan pemuliharaan sejarah ni lebih sistematik dan up-to-date.

 

 

Kalau anda semua peratikan,NED telah membelanjakan berjuta-juta dolar untuk membangunkan pasukan mereka di Malaysia bagi menyokong portal-portal dan rangkaian media sosial mereka di Malaysia,di mana 40% daripadanya bekerja keras untuk membina imej negatif terhadap sejarah,pegangan agama dan identiti orang Melayu dan pribumi yang berkaitan.Mereka membina rangkaian portal,fanpage,website dan blog-blog yang ampuh untuk menyerang setiap sisi keharmonian negara bagi tujuan anarki.

That’s why bila saya tengok media-media sosial milik jabatan kerajaan,memang sedaplah saya buat lauk,minta maaflah ek.

Kita tak boleh nafikan zaman ini adalah zaman langit terbuka,maklumat di hujung jari.Sebelum nak salahkan orang ramai kenapa tak datang muzium,korang kena belajar ilmu viral dan trafik dahulu.Kaedah makcik-pakcik era Ali Setan Tipah Tertipu mesti segera dihapuskan.

Saya nak berceloteh panjang lagi,tapi beberapa orang sudah merajuk dengan saya dan menghadapi masalah kemurungan dalam bekerja jadi atas dasar simpati,saya berhenti setakat ini sahaja.Lihat,saya berjuang seorang dengan cara begini (yang dipandang lekeh sesetengah orang),beberapa perkara telah berubah,begitu juga anda,jika anda ambil inisiatif.Sekiranya semua jabatan kerajaan bersatu dan up-to-date,anda mampu mengubahnya 🙂

Sebagai bonus,you all semua ingat tak status saya yang melazer kerajaan Melaka yang ‘preserved’ kapal penjajah Portugis,tapi mengabaikan kapal Mendam Berahi atau Lancang Kuning kenaikan pemerintah Kesultanan Melaka?

Dalam Harian Metro Ahad hari ini,telah keluar artikel bermaklumat tentang kapal Mendam Berahi yang selama ini memang takpernah atau jarang orang nak highlight-kan.Adakah semua ini kebetulan?

🙂

Kerajaan bina benda-benda yang merapu sebab mereka buta sejarah dan pendekatan tunggu-dan-lihat jabatan-jabatan berkaitan adalah punca terbesar terencatnya pengetahuan sejarah di kalangan menteri,anak raja dan masyarakat.Jadi kita kena viralkan warisan sejarah kita.Insya Allah,generasi menteri akan datang mampu meluluskan dana yang secukupnya.

So,folks….enjoy!

SUMBER

#TMK

#Sejarah

 

All Right Reserved by The Melaka Kini  | Copyright @ 2019

 

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *