Terdapat sesuatu yang misteri berkenaan Hang Nadim.. orang yang sama… Kisahnya hidup selama 400 tahun dalam cerita2 sejarah Melayu.
HANG NADIM I : 1300’s AD
Rujukan terawal pasal “Hang Nadim” adalah daripada .. Naskah helaian Sejarah Melayu tentang seorang budak 10 tahun yg menyelamatkan Singapura dari diserang Todak.
Sejarah Melayu merujuk ‘singapura’ sebagai “Temasik” iaitu yang digunakan sebelum/semasa Parameswara tinggal disana.. Ini bermakna seawal 1200 hingga 1300. Hang Nadim yang ni sangat terkenal di Singapura. Kita panggil die dengan Hang Nadim I
= Kubur “Hang Nadim I” ni tidak dijumpai sebab dikatekan dilemaskan hidup2 oleh sultan
HANG NADIM II : 1500’s AD
200 tahun selepas Hang Nadim I… muncul pulak ade sorang lagi “Hang Nadim”.
Sesetengah sumber mengatakan hang Nadim II ni anak Hang Jebat.. Sesetengah kate anak menantu Hang Tuah tapi saya merasakan lebih kepada Hang Jebat.. Hal ini kerana semase Hang Jebat mengamuk, isteri dia tengah mengandung dan Hang Tuah pulak memang takde anak sebab tu takde keturunan Hang Tuah.
Diangkat oleh Hang Tuah menjadi anak angkatnye dan dilantik menjadi Laksamana Melaka… Hang Nadim II ini merupakan pejuang sejati. Pernah dicatatkan die berjuang bersama2 Sultan Alaudin dan Sultan Mahmud mase pendudukan Portuguese 1511 dan mengetuai pengepungan kota Melaka pada 1519 dan 1524.
Name dia sangat terkenal di Indonesia.. digune menjadi nama jalan, airport, station janakuase dan lain lain.
Asal usulnye DIKATAKAN… tidak diketahui.
Kuburnya “Hang Nadim II” jugak tidak dapat dikesan.
HANG NADIM 3 :
100 selepas Hang Nadim II…. muncul sorang lagi “Hang Nadim” yang jugak bergelar Laksamana…
Die berkhidmat dibawah Bendahara Skudai yang bertanggungjawab menawan semula Melaka dari Portuguese pada 1641 dengan bantuan Acheh dan Belanda.
Hang Nadim III diberi peranan membuat serangan darat dari arah Muar.
Kisah2 serangan Melaka ni tidak ada ditulis oleh orang Melayu secara detail oleh kecuali Belanda…
BUKAN SEKADAR NAMA
Nama2 besar mcm Hang Tuah, Hang Jebat, Laksamana Bentan, Megat Panji Alam dan lain2 CUME SEKALI sahaja dipakai di Alam Melayu. Dipakai oleh orang2 yang memang asalnye dia.
Dan bukan jadik adat orang2 Melayu zaman dulu utk meniru nama orang besar ni… Bukan mcm zaman sekarang.Disebab itulah takde sesape pernah dicatatkan dimana2 helaian Sejarah Dunia Melayu yang nama2 mcm dorang ni ditiru pakai oleh orang lain.
Walaubagaimanapun hanya Allah yang mengetahui..
Wallahua’lam…
Kredit kepada : Untold History
#TMK
#Sejarah
All Right Reserved by The Melaka Kini | Copyright @ 2019