Mantan Menteri Besar Selangor Meninggal Dunia

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia pada jam 11.08 malam tadi.

Di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 April lalu akibat jangkitan pada injap jantung.

Menurut kenyataan di Facebook rasminya, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Berita Khalid Ibrahim meninggal dunia tidak benar - WartaRakyat

“Atas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, jenazah akan disemadikan di Makam Diraja Shah Alam,” kata kenyataan menerusi Facebook rasminya itu.

Abdul Khalid, 76, tahun meninggalkan isteri, Puan Sri Salbiah Tunut, empat anak dan dua cucu.

Pada 23 April lalu, Abdul Khalid dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital swasta akibat jangkitan kuman pada injap jantung.

Pada 24 Julai pula, beliau menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Khalid Ibrahim meninggal dunia — MYKMU.NET

Beliau adalah menteri besar Selangor yang pertama daripada parti pembangkang Pakatan Harapan (PH) bagi menggantikan Dr Mohamad Khir Toyo.

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *