Melaka Pada Suatu Ketika Dahulu

SUATU ketika dahulu, kegemilangan kota Melaka menjadi buah mulut empayar-empayar besar dunia.

Ribuan kapal dan pedagang datang mencari kekayaan di kota Melaka semasa zaman keemasannya.

Bahkan penulis Portugis, Tome Pires menyatakan, sesiapa yang me­nguasai Melaka mampu mencengkam kerongkong Ve­nice.

Bagaimanapun, selepas kejatuhannya ke tangan Portugis yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque pada tahun 1511.

Seterusnya diselangi de­ngan episod-episod penjajahan selama ratusan tahun.

Satu demi satu bangunan kesenian Melayu pada zaman tersebut diruntuhkan atau dimusnahkan sehingga tidak tersisa walau sebuah bangunan.

Sukar untuk generasi masa kini menggambarkan suasana kota Melaka ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Namun demikian, ia tidak mematahkan semangat seorang anak Melayu yang cuba ‘membangunkan’ semula kota itu.

Ini adalah gambar lama Kota A Famosa. Memang klasik habis kalau anda tengok.

Kalau anda perasan, bangunan kat sebelah kiri tu masih ada lagi sampai sekarang ni.

Antara kedai-kedai terawal yang wujud pada masa tersebut. Dalam gambar pun kita boleh tengok ada dua buah beca.

Berdasarkan sumber, kemungkinan besar ini muara Sungai Melaka. Kat sini juga anda boleh tengok replika kapal Flor De la Mar.

Ni tempat legend, Jam Besar.

Ni orang panggil Rumah Limas. Design rumah ni memang semua sama dan pakai atap dari pelepah kelapa. Biasanya di sekeliling rumah tu, rumah family kita.

Ni gambar Jam Besar sekarang.

Disunting semula dari Kosmo.com.my

#TMKTravel

All Right Reserved by The Melaka Kini  | Copyright @ 2019

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *