Mi Kari Daging Selambak pertama di Melaka

BACHANG 14 Dis. – Menu istimewa ‘Mi Kari Daging Selambak’ merupakan hidangan utama dijual di warung Asiah Aris yang menjadi rebutan pelanggan.

Warung terletak di Pasar Besar Transit Melaka itu telah beroperasi sejak setahun lalu menjadi lokasi baharu buat pelanggan setia

Pemilik gerai, Zolkefli Ayub, 57, berkata, hidangan warung diberi nama sempena isterinya itu telah beroperasi sejak tahun 2003 dibantu oleh keluarganya sendiri.

Katanya, dia mengolah semula resipi utama bagi menarik pelanggan yang datang ke gerainya, setiap menu disediakan di warung merupakan resipi rahsia keluarga sejak belasan tahun dahulu.

Menurut Zolkefli, dia menciptakan kelainan terhadap mi kari itu menggunakan citarasa berkualiti bagi mengekalkan kredibiliti gerai berkenaan.

Katanya, beliau akan memastikan perniagaannya itu habis dijual dan tidak akan memanaskan semula makanan yang tidak laris pada keesokan hari demi menjaga kualiti makanannya.

“Walaupun sekarang harga runcit dan barangan basah tidak stabil sehingga kadang kala mencecah nilai tinggi, kami tidak akan menaikkan harga makanan kami, bagi saya ia adalah satu tanggungjawab demi menjaga mutu warung ini,” katanya.

Sementara itu, anaknyaz Nurul Shahida, 29, berkata, dia bersama dua beradiknya akan membantu perniagaan keluarganya itu.

Katanya, warungnya mula beroperasi jam 6.30 pagi akan melakukan persedian sehari awal pada setiap hari bagi memastikan persediaan yang lengkap sebelum berniaga.

Menurutnya, dia bersama ahli keluarga lain membantu keluarga demi membesarkan perniagaannya itu.

“Mi Kari Daging Selambak hanya satu saja di Melaka dan ia tidak sama dengan mi kari yang sering dijual di kedai lain kerana ramuan rahsia yang menjadikan pelanggan sering datang ke sini.

“Ramai pelanggan ingin menikmati mi kari kami kerana dibubuh potongan daging serta bahan-bahan lain yang dihidangkan ke dalam mangkuk besar.

“Kelainan inilah yang menjadi tarikan utama sehingga ramai pelanggan datang termasuk penunjung luar negeri sering singgah ke pasar ini hanya untuk menikmati hidangan kami,” katanya.

Mi Kari Daging Selambak terletak di lot MI 14 Pasar Besar Transit Melaka beroperasi setiap hari kecuali Selasa, menawarkan pelbagai menu lain buat pelanggan setianya.

Kredit- Melakakini.my

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *