Muzium Istana Melayu Melaka

Di atas kesedaran tentang pentingnya kesan-kesan daripada jajahan tersebut, Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil daya usaha mencadangkan agar Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka didirikan dengan tujuan untuk membangun semangat dan kegemilangan empayar kota Melaka. Hasrat ini telah dicetuskan oleh Ketua Negeri Melaka, YAB Dato’ Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Pembinaan replika Istana Kesultanan Melayu Melaka ini telah mula dibina pada bulan Oktober 1984 dan siap menjelang pada tahun 1986. Replika Istana ini adalah berdasarkan kepada pemerintahan Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari tahun 1456-1477. Pembukaan rasmi istana ini telah dilangsungkan pada 17 Julai 1986 oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Pembinaan replika Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina di atas tanah seluas 0.7 hektar yang menelan belanja sebanyak RM1.4 juta. Reka bentuknya mengenegahkan kehalusan seni ukiran corak bunga-bunga dan tumbuh-tumbuhan tempatan yang dapat dilihat pada ukiran di dinding dan tiang istana. Selain sebagai replika Istana Kesultanan Melaka, ia juga berfungsi sebagai Muzium Budaya yang pertama seumpanya di Malaysia. Replika ini juga dikenali sebagai Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka.

Menurut sejarah Melayu, replika ini mempunyai lebih kurang 1350 item dalam bilik artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut. Istana ini mempunyai 17 ruang yang panjang tiap-tiap satunya 87.5 meter dan mempunyai 40 pintu. Namun bagi tujuan pembinaan replika ini, rekabentuknya telah diperkecilkan untuk disesuaikan dengan keluasan tapak kawasannya. Ukuran sebenar replika istana ini adalah 67.2 meter panjang, 18.5 meter tinggi dan 12 meter lebar.

 

 

Istana ini mempunyai bumbung yang bertingkat dan bumbung yang pertama adalah yang terpanjang berukuran 75 meter dan 12.5 meter lebar, pada hujung setiap bumbungnya dibina melentik sedikit ke atas menyamai rekebentuk rumah Minangkabau. Istana ini ditegakkan oleh empat batang tiang seri di samping sokongan tiap-tiap yang lain. Pada bahagian hadapan istana terdapat enam buah balai yang pada masa dahulu mempunyai kepentingannya yang tersendiri.

 

 

Istana ini mempunyai tiga tingkat yang dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri. Pada tingkat pertama, diadakan ruang-ruang pameran termasuk di balairong seri yang menggambarkan zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka seperti menghadap Raja dan lain-lain peraturan istana. Pada tingkat kedua pula dipamerkan tempat peraduan Sultan serta bilik-biliknya manakala pada tingkat tiga pula sebagai tempat simpanan khazanah.

Selain it, ketiga-tiga tingkat ini memuatkan bahan-bahan pameran seperti bilik Pancaragan Diraja, senjata api, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi dan dewan islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hnag Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja. Di antara barang pameran termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melayu Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata melayu, pakaian perkahwinan tradisional melayu, barangan kemas dan barangan Loyang.

 

 

 

 

Diedit dan diolah dari: SUMBER

#TMK

#Sejarah

 

All Right Reserved by The Melaka Kini  | Copyright @ 2019

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *