Padang Tepi Laut di Melaka Pada Zaman Dahulu

Padang Di Pinggir Laut.

Melaka suatu masa dahulu memiliki sebuah padang serbaguna yang berada di pinggir laut.

Padang ini dinamakan sebagai Pdang Pahlawan sempena meraikan pahlawan-pahlawan yang

gugur sepanjang masa negara kita berada pada zaman kolonial, perang dunia dan darurat.

P/s: Gambar Padang Pahlawan pada Tahun 1969

Sumber: Dennis De Witt, Melaka from The Top

Dataran Pahlawan

Dataran Pahlawan di Bandar Hilir merupakan tempat berlangsungnya suatu perhimpunan raksasa pada 20 Februari 1956.

Di hadapan dataran ini terdapat Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

Perhimpunan ini merupakan suatu perhimpunan yang paling bersejarah bagi negara kita. Peristiwa ini adalah untuk menyambut kepulangan Rombongan Merdeka dari London yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman.

Dalam perhimpunan itu, beliau mengumumkan tarikh kemerdekaan negara kita yang bakal diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.

Di bawah dataran terdapat sebuah pusat membeli belah iaitu Dataran Pahlawan Megamall selain terdapat Pasaraya Carrefour dan sebuah panggung wayang, Golden Screen Cinemas.

Bertentangan dengan Dataran Pahlawan terdapat sebuah lagi pasaraya iaitu Mahkota Parade dan sebuah hotel di sebelah dataran iaitu Hotel Equatorial Melaka, Kota A Famosa dan Menara Taming Sari.

Padang Pahlawan

Padang Pahlawan juga dikenali sebagai Padang Merdeka terletak di Bandar HilirMelaka.

Di padang inilah, pada 20 Februari 1956 Tunku Abdul Rahman mengistiharkan bahawa tarikh kemerdekaan telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957.

Setelah pulang daripada rundingan selama 3 minggu dengan pihak British, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menaiki konvoi kereta daripada Ayer Keroh ke Padang Merdeka di Melaka sebelum mengumumkan kepada orang ramai pada satu perhimpunan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka bahawa Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu secara rasminya pada 31 Ogos tahun 1957.

#TMK #TMKTravel

All Right Reserved by The Melaka Kini  | Copyright @ 2019

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *