Pecah Amanah : 4 Jurukaunter A’Famosa Resort didakwa

Alor Gajah, 20 Mac – Kes pecah amanah yang berlaku baru-baru ini yang melibatkan empat juru kaunter tiket di taman tema air A’Famosa Resort dihadapkan ke Mahkamah Seksyen kerana membabitkan kerugian RM 100,000.00 tahun lalu.

.
Walaubagaimanapun, mereka yang tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan ke atas mereka di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar. Mereka keempat-empat yang tertuduh itu, Farina Mohd Yusoff (24 tahun), S Lalitha (27 tahun), Norlina Sulaiman (35 tahun) dan Zainah Jenal (42 tahun).

.
Mereka yang tertuduh didapati membuat cetakan tiket pendua secara berulang kali dan menjual tiket tersebut tanpa pengetahuan serta kebenaran daripada syarikat bernilai RM 100,000.00. Keempat- empat yang tertuduh ini melakukan aktiviti secara haram ini ketika mereka bertugas sebagai jurukaunter tiket taman tema air A’Famosa.

.
Tindakan itu dilakukan oleh mereka di kaunter tiket taman tema air A’Famosa di sini dari 1 hingga 30 April 2018.

.
Selanjutnya lagi, mereka yang bersalah ini didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

.
Mahkamah diminta memberikan jaminan sebanyak RM 30,000.00 terhadap setiap tertuduh oleh Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Zainal ketika pendakwaan.

.
Namun, atas alasan menanggung ahli keluarga masing-masing, kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jumlah itu dapat dikurangkan.

.
Jaminan sebanyak RM 12,000.00 setiap tertuduh dibenarkan oleh Ahmad Sazali dan beliau menetapkan tarikh 12 April ini bagi serahan dokumen serta sebutan semula kes.

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *