Penting Sangatkah Sejarah Melaka?

Sebenarnya macam ni, saya nak tulis tentang kepentingan kita faham peri pentingnya memahamkan sejarah yang bukan sekadar untuk syok sendiri tapi meningkat nilai jati diri dan keyakinan diri kepada orang asing.
Ada beberapa persoalan yang saya nampak walaupun fb ni bukanlah tempat yang bagus untuk berdiskusi cuma dari fb nilah kita boleh nampak setara mana nilai ilmu yang ada pada seseorang, pada saya gaya bahasa, huraian ataupun ulasan secara ringkas cukup menerangkan siapakah seseorang itu dalam membincangkan hal sejarah malah dalam apa jua bidang ilmu.

 

Seringkali dalam membicarakan soal sejarah kita sering terbawa dengan sentimen peribadi/kesukuan/kenegerian dan paling besar sekali ialah kekeluargaan. Jarang pula bila soal balas berkaitan sentimen itu tadi dapat dijawab dengan hikmah dan berjaya menyangkal persoalan yang ditimbulkan.
Hari ini, dimana2 saja kita orang melayu berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman pemikiran samada global atau domestik. Seringkali juga nilai patriotisme disalahertikan sebagai modal politik. Pada satu sudut ya benar, tanpa kuasa politik nilai patriotisme itu tidak kelihatan namun sejauh mana nilai ini dapat dilihat atau dikekalkan dalam jiwa masyarakat?

Nah, jawapannya adalah kepada unsur-unsur sejarah yang muncul pada masa lalu dan dibahaskan pada masa kini. Selama  umur saya hidup ini, saya melalui fasa-fasa yang pada saya adalah pengakhiran kepada nilai cintakan bangsa kerana hari ni jelas kelihatan kerana politik dan kemunculan kumpulan yang bertopengkan hak asasi manusia cuba untuk menyamaratakan hak-hak yang dipersetujui pada satu masa dulu.

Dari sudut sejarahnya, Cina pandang China, India pandang India. Jadi apa pandangan orang Melayu? ke timurkah ke utarakah ke selatankah?, akhirnya diputuskan bahawa Melakalah menjadi medan perjudian nasib bangsa Melayu. Namun untuk melihat sejauh mana Melaka itu muncul sebagai batu asas nilai Melayu maka terpaksa jugalah kita bergantung harap kepada bangsa lain untuk melihat bangsa kita sendiri.
Oleh itu, sedikit sebanyak kita mendapat kesan hari ini Hang Tuah adalah seorang Cina dan Parameswara seorang India. Kenapa persoalan ini timbul secara mendadak dan tiba2?, bagi saya jika dipandang jauh, ia adalah percubaan untuk menafikan kewujudan orang Melayu sebagai tuan tanah disini. Ia juga sebagai satu cara untuk mengajar atau menjajah minda orang Melayu supaya terimalah seadanya sejarah melayu ini yang kononnya penuh rekayasa dan hikayat.

Jadi tidak hairanlah mengapa generasi sekarang begitu mudah goyang bila menghadapi isu-isu ini yang akhirnya  ada diantara orang Melayu mengakui bahawa Melaka bukanlah milik Melayu. Jadi dimana silap kita?, soalan saya lagi sudah berapa lamakah kita terdidik bahawa Sejarah itu membosankan.. kalau ditanya pada kaum lain memanglah bosan sebab buku teks tidak menceritakan perihal mereka disini. Tapi mengapa kaum Melayu yang kononnya tuan tanah disini merasa bosan dan jelek kepada sejarah yang ada?

Pada saya, perletakan sejarah Melayu itu menimbulkan pelbagai isu yang sangat panjang dan sukar hendak dihuraikan, hendak menyesuaikan tajuk agar dapat dibaca oleh anak-anak juga sukar memandangkan kita ada 9 Sultan dengan 14 negeri. Jadi bagaimanakah hendak memilih sejarah2 ini? akhirnya Melakalah yang diangkat sebagai lambang penyatuan Melayu dan juga sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

Hari ini, rata-rata komentar yang kita baca sering menyalahkan sistem pendidikan yang ada yang mengakibatkan patriotisme Melayu melemah. Tapi adalah pengomen ini orang yang faham dan tahu nilai-nilai sejarah?. Adakah mereka ini memberi satu solusi untuk membangkitkan semangat cintakan bangsa?, umumnya mereka ini hanyalah seperti langau yang menghisap dan membuat bising. Pendirian mereka juga tidak tetap dan sering saja habis dengan menyalahkan semua pihak sedangkan yang harus dimulakan ialah dari rumah.

Saya tak peduli kaum lain sebab saya dah lama membaca hal mereka dan saya memang tak yakin dengan mereka. Pada saya mudah, kalau ini negara mereka marilah mati bersama.

Jesteru itu, apakah solusi terbaik dalam hal ini?, pada saya sebagai bapa, mulakanlah dengan membaca kisah-kisah pejuang Melayu atau membaca buku2 perihal sejarah Melayu. Baca saja buku kanak-kanak tu asalkan kau membaca. Tak guna salahkan itu ini tanpa meletakkan batu asas yang kuat kepada anak-anak. Tak guna juga menuduh pengkaji2 pada masa dulu walaupun dia berbangsa barat sedangkan tanpa British mungkin kita lebih mundur dari sekarang dan menerima nasib seperti negara-negara jiran. Tetapkan pada hati mereka (anak-anak) bahawa Melayu adalah pemilik tanah ini dan sebenar-benarnya tuan kepada tanah ini.
Ibu bapa adalah guru terbaik sepanjang zaman!

Susahnya pengakaji-pengkaji sejarah ialah kajian mereka tidak mahu dibaca oleh rakyat biasa malah dengan sekadar membaca tajuk saja mereka sudah melontarkan pelbagai pandangan. Hairan betul saya!. Selagi kita sendiri pun terkial-kial hendak memahamkan sejarah sendiri maka sampai bila-bila pun kita takkan mampu menghalang mara bahaya yang pernah disebut Tun Husein Onn.

Hidup Melayu!

 

SUMBER

#TMK

#Sejarah

 

All Right Reserved by The Melaka Kini  | Copyright @ 2019

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *