Pertandingan memancing menipu peserta

Melaka, 25 Mac – Kecoh di facebook berkaitan satu program pertandingan memancing anjuran MRIM (PPBM Jasin) yang dikatakan menipu peserta yang menyertai pertandingan tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

.

Lebih parah lagi apabila dikatakan MPKK Kg Pulai tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang sudah berlaku dan melepaskan tangan begitu sahaja tanpa mengambil sebarang tindakan untuk memperbaiki keadaan.

 

 

 

.
Walaubagaimanapun, Mantan Pengerusi JKKK Kg Pulai akhirnya terus bertindak untuk cuba menyelesaikan masalah agar tidak merebak dan semakin keruh yang boleh memburukkan lagi keadaan tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

.
Beliau juga bertindak pantas agar keadaan di Pantai Siring, Kg Pulai tidak berlaku kekacauan yang sangat teruk yang boleh melibatkan pelbagai pihak dan orang awam yang lain.

 

 

 

.
Keadaan semakin reda apabila beliau menasihatkan agar peserta yang telah tertipu dengan pertandingan itu segera membuat laporan polis untuk diambil tindakan yang sewajarnya.

 

 

 

.
Perkara sebegini amat memberi pengajaran kepada semua pihak penganjur yang bakal mengadakan program pada masa akan datang. Jika penganjur tidak mampu atau tidak mempunyai pengalaman untuk mengendalikan sesuatu program, lebih baik program tersebut tidak perlu dianjurkan.

 

 

 

.
Hal ini lebih bertujuan untuk mengelakkan sebarang keburukan yang akan berlaku atas faktor kelemahan daripada pihak penganjur sendiri.

 

 

 

 

.
Demi memperbaiki keadaan , Menteri Usahawan dan Koperasi serta Exco Melaka Pelancongan di minta untuk bertanggungjawab terhadap perkara ini.

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *