RM20 ribu sahaja untuk sebuah rumah

LIPAT KAJANG – 50 buah rumah yang dibina di Lipat Kajang dibawah program Rumah Sejahtera dijangka siap sepenuhnya Februari ini.

Pengarah Executive Perumahan Negeri Melaka (LPM) memaklumkan pihaknya menerima lebih 1000 permohonan dan daripada jumlah itu 700 pemohon sudah ditemuduga oleh LPM sebelum menyenarai pendek 50 Yang layak.

Pembeli hanya perlu membayar RM20,000 sahaja berbanding harga asal RM40,000 selepas kerajaan menerusi Kementerian Kewangan memberi subsidi RM20,000.

Dalam Skim Rumah Sejahtera ini, pemberi pinjamannya adalah Bank Simpanan Nasional, Kerajaan sudah adakan perjanjian.Bagaimanapun pembeli perlu membayar caj premium Tanah yang Akan ditentukan oleh pejabat Tanah Dan Daerah.

Dalam pada itu LPM juga telah mengenalpasti beberapa kawasan lain seperti Alor Gajah Dan Melaka Tengah untuk melaksanakan Projek pembinaan Rumah Sejahtera Fasa ke 2.
Namun ia tertakluk dengan peruntukan Kementerian Kewangan.

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *