Sejarah Ringkas Melaka-Bahagian 1

Sejarah Ringkas Melaka-Bahagian 1

Sejarah Melaka bahagian 1 ini akan menceritakan tetang sejarah Negeri Melaka pada peringkat awal. Yang bermula sekitar tahun 1400.

Sejarah negeri ini bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang yang bernama Parameswara.

Srivijaya

Sejarah melaka

Srivijaya mempunyai ejaan lain iaitu Sri Vijaya dan Sriwijaya. Srivijaya ini merupakan sebuah empayar melayu purba. Ianya juga merupakan sebuah empayar yang bersifat maritim.

Empayar ini berpusat di palembang. Pembuktian yang boleh di dapati bahawa wujudnya empayar ini ialah pada abad ke-7. Sekitar tahun 671 masihi, seorang sami Buddha yang bernama I-Tsing ada menulis tentang lawatan ke Srivijaya. Lawatan tersebut mengambil masa selama 6 bulan.

Sebuah batu bersurat yang menguatkan lagi bahawa empayar Srivijaya ini wujud telah dijumpai pada 29 November 1920. Batu bersurat tersebut bertarikh pada tahun 683 masihi. Ianya dinamakan sebagai Batu Bersurat Kedukan Bukit. Batu bersurat ini telah dijumpai di Palembang, Sumatera.

Agama yang dianuti di Srivijaya ini ialah agama Buddha. Srivijaya juga menjadi pusat penyebaran agama Buddha yang utama di kepulauan Melayu. Catatan Arab menunjukkan kebesaran raja Srivijaya.

Kebesaran ini digambarkan dengan Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau. Ini menggambarkan yang raja mempunyai kuasa sakti, berkuasa mutlak dan berkuasa ketuhanan.

Banyak lagi yang boleh dibahas dan dikongsikan berkenaan dengan Empayar Srivijaya ini. Oleh itu, admin akan hasilkan penulisan lain bagi para pembaca sekalian.

Parameswara

Parameswara merupakan seorang yang berketurunan raja daripada Empayar Srivijaya, Beliau merupakan turunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana. Atau dikenali sebagai Sang Nila Utama. Sang Nila Utama telah mendirikan sebuah kerajaan di Singapura Lama yang dikenali sebagai Tumasik.

Sang Nila Utama berkuasa selama 48 tahun, Selepas beliau mangkat, puteranya yang bernama Paduka Sri Pekerma Wira Diraja menduduki takhta. Beliau berkuasa selama 14 tahun dan mangkat.

Takhta diteruskan oleh Paduka Seri Rana Wira Kerma. Beliau merupakan bapa kepada Parameswara. Beliau berkuasa selama 13 tahun. Setelah itu, Parameswara menjadi pemerintah Tumasik sehingga tahun 1401.

Pada tahun 1401, Parameswara telah mengunsi (berpindah ke tempat lain supaya selamat). Hal ini kerana, Tumasik pada ketika itu telah diserang oleh musuh. Tumasik yang sekarang ini dikenali sebagai Singapura telah diserang oleh siam dan jawa.

Penyerangan musuh ini menyebabkan Parameswara berpindah. Sebuah catatan pada tahun 1403 menunjukkan bahawa Parameswara telah tinggal di ibu kota baru di Melaka.

Catatan ini dibuat oleh armada Ming daripada Dinasti Ming. Dinasti ini bersetuju untuk memberikan perlindungan untuk kerajaan baharu ini.

Bersambung…….

Baca juga;

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *