Selepas ini nak guna jata negeri Melaka perlu minta izin

Perlu dapatkan kebenaran nak guna jata negeri

Nak pakai hak orang mesti kena minta izin.

AYER KEROH 18 Apr. – Penggunaan jata negeri Melaka perlu mendapatkan kelulusan dan kebenaran kerajaan negeri sebelum diterbitkan bagi tujuan tertentu.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, semua pihak khususnya swasta mahupun badan bukan kerajaan (NGO) perlu mendapatkan kelulusan tersebut sebelum disiarkan.

Menurutnya, perkara demikian perlu dilaksanakan sebagai memberi kawalan penggunaan jata kerajaan dan mengelakkan sebarang penyalahgunaan berlaku di negeri ini.

“Pihak penganjur cuma perlu maklumkan kepada kami melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri agar kerajaan dimaklumkan mengenai penggunaan logo itu khususnya melalui penganjuran program yang dilaksanakan mereka.

“Perkara ini mudah sahaja, cuma perlu maklumkan kepada kami untuk dapatkan kebenaran tersebut dan perkara ini mampu mengawal penggunaan logo tersebut.

“Hal ini disebabkan jika sesebuah program dianjurkan pihak swasta mahupun NGO mendatangkan kesan negatif, ianya sedikit sebanyak mendatangan implikasi kepada kerajaan kerana orang ramai mendakwa program yang dianjurkan itu adalah program kerajaan sedangkan ianya dianjurkan oleh mereka.

“Jadi, dengan perlaksanaan ini ianya mampu mengawal dan kerajaan pun akan mengambil maklum kepada mana mana pihak yang menggunakan jata negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Seri Negeri, semalam.

Sumber – Melaka kini

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *