MACAM TAHFIZ PULA YANG BERSALAH .?
Bismillahirrahmanirrahim….
Assalamualaikum w.b.t
Mohon bantuan semua..ssiapa yg mengenali org yg tertera dalam ic ni,mohon nasihatkan dia utk pulangkan semula duit tahfiz saya…
Cerita dia macam ni…
Siling tahfiz saya dalam keadaaan uzur,kayu dia jatuh..jadi oleh kerana memikirkan keselamatan pelajar2 dan staf,saya ambil inisiatif utk tukar siling tu..jadi saya iklankan di laman fb untuk mencari orang yang bertauliah dan berpengalaman. Then ada orang yang chat saya di messenger dan memaklumkan dia boleh menyelesaikan masalah siling tahfiz saya..
Jadi pihak tahfiz bersetuju mengmbil dia utk membetulkan siling tahfiz saya skali dengan baik pulih wiring,sebab katanya dia boleh selesaikan kerja dalam masa 2 hari..
Mulanya dia minta saya dahulukan rm3.5k utk kos beli brg ….dan dia cakap beri ikut kemampuan pihak tahfiz.jdi pihak kami memberikan ikut kemampuan kami sebanyak rm2k..
Esoknya dia dtg kerja,buka siling yg rosak, lepas tu dia balik dan x dtg kerja dah. Then dia mintak pihak tahfiz utk tambah lagi Rm1.5k sebab tak ckup kos nk beli brg katanya….pihak kami tak dapat tambah , dan slps itu dia mula mcm tak serius bekerja…janji dua hari,dah jadi 2 minggu…
Tambahan lagi, dia bagi bnyak alasan tak dtg kerja….duit kami dah bgy RM2k…pelajar2 terpaksa belajar dalam keadaan yg tidak selesa…wktu dia mula bekerja,pelajar2 menumpang sementara belajar dan menginap di surau kampung sbb percaya dia kata 2 hari dah siap…dan kami menginap di surau kampung selama 3 hari,dan pulang ke tahfiz dalam keadaan siling terbuka….
Kami terpaksa meneruskan juga proses pengajaran dan pembelajaran walaupun dalam keadaan yg tidak selesa….
Lalu pihak kami mengambil keputusan utk batalkan projek dengan dia,dan mngambil kontraktor lain utk membaik pulih siling dan wiring tersbut.
Pihak tahfiz minta dia refund semula duit yg pihak kami sudah bagi pada dia…dan dia kata, dia boleh refund rm800 sahaja….pihak kami x stuju, sbb tahfiz mengalami kerugian sngat truk dalam keadaan dia tingglkn tahfiz tanpa bersiling, kipas dan lampu dah dicabut, tunggang langgang dsb.. (boleh rujuk pada gambar) dan dia dah banyak buang masa kami yg sangat2 berharga. Jadi kami minta refund sebanyak rm2k dan ambil semula barang2 yg dia dah beli.. Pasal siling yang dah terlopong, kipas lampu dah takde takpela kita dah pasrah kan aje..
Then dia bersetuju byr smula rm2k. Tapi shingga skrg dia mcm lari2 nak bayar (baca x nak bayar). Kami tunggu duit refund je dah makan masa 1 bulan lbih… pada 20/7 dia kata dia da transfer rm1.5k ke akaun saya (no akaun tahfiz belum ada lagi masa tu) menggunakan “normal transfer” CIMB dan dah masuk 1 minggu x masuk2 lagi duit tu… lepastu pihak kami minta dia utk bayar secara cash pada kami,dan dia kata dia dah buat report ke cimb brkaitan duit transfer yg dia buat tak msuk2 lagi….dan sekarang da msuk 2 minggu pun tak masuk2 lagi duit yg dia transfer..saya jadi confius samada ni masalah cimb atau masalah dia..
Bnyk kali dia berjanji utk selesaikan duit ni, baru2 ni dia jnji nak bayar wktu awal raya haji….bila da smpai waktunya,dia kata dia mintak bgy masa 3 hari lgy sbb dia nk pinjam / collect duit adik beradik utk bayar…persoalannya,duit yg dkt CIMB mna pergi??? Dan kami pun sekali lagi beri kepercayaan kpd dia utk bayar slps 3 hari….
Smpai 3 hari yg dijanjikan tu,dye mintak utk tangguh esoknya pulak sebb katanya akak dia belum amik duit kutu..kami sabar lgy…esoknya kami desak utk bayar jugak..tapi dia marah2 kami katanya kami x leh sabar dan anggap dia menipu…ya allah…allah je twu betapa sabarnya kami dengan dia…”MACAM KAMI PULA YANG BERSALAH” .dan dia minta kami utk yakin yg dia akan bayar jugak haritu.dan kami tnggu smpai ke lewat malam…TIADA APA APA
SEHINGGA KINI
Skrg kami minta jasa siapa2 yg knal dia,sruh dia bayar semula baki refund sebanyak RM1.2k.. Ye betul, berapalah sangat jumlah tu kan.. Tapi yang buat kami kesal dan kecewa, bila dia tak tepati janji, pasal siling dh rabak n masa dah banyak terbuang tu jangan citerla memang rasa nak marah. ksian pada pljar2…mereka bukan dri kluarga2 mewah…
Jika sahabat2 / Kenalan yang kenal individu dibawah, boleh la send maklumat terkini individu ini kepada kami.
Kami menemui jalan buntu untuk mencari individu diatas kerana berpandukan alamat No Kad Pengenalan, alamat terakhir di Pahang.
Kami masih merasakan individu ini ada di sekitar Melaka dan berhampiran dengannya.
Mohon bantuan semua…kami cuma nak duit kmi shj….dan harapnya jangan ada pihak lain pula terkena tipu dengan dia.
Kami dahului Jazakumulllahu khairan Jaza diatas kerjasama sahabat2 , kenalan dan tuan2 dan puan2.
Semoga Allah Sahaja yang balas kebaikan kepada anda semua.
Syukran jazilan.