SISTEM MATA WANG MELAYU

Apabila disebut sistem matawang di Semenanjung Tanah Melayu ,saya yakin tentu sekali ramai yang beranggapan bahawa ia diperkenalkan oleh penjajah samada Portugis, Belanda atau British.

Ramai yang tidak tahu bahawa sistem matawang telah lama wujud di negeri negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Sebenarnya sistem matawang telah bermula di Melaka pada pertengahan abad ke 15. Pada permulaan pertumbuhan perdagangan , para pedagang mengunakan sistem barter atau tukar barang, namun ketika pelabuhan Melaka semakin pesat , kerajaan Melaka ketika itu telah memperkenalkan sistem mata wang yang dinamakan “Calaius” diperbuat dalam bentuk kepingan logam atau syiling yang diperbuat dari timah dan emas. Ketika itulah pelabuhan Melaka semakin pesat membangun kerana para pedagang boleh memilih sama ada sistem barter atau mengunakan matawang dalam urusan perdagangan.

Oleh kerana Melaka mempunyai pengaruh yang besar di Semenanjung Tanah Melayu disamping pesatnya aktiviti perdagangan, maka sistem matawang ini menyebar ke negeri negeri Melayu yang lain di seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

Berikut adalah matawang yang digunakan di negeri negeri Melayu selain Melaka.

Johor
Wang Emas-Unit: Kupang Mas
Wang Timah-Unit:Katun

Kedah
Wang Emas- Unit: Kupang dan Dinar
Wang Perak-Unit :Darham.
Wang timah berbentuk ayam sabung juga digunakan.

Terengganu
Wang Emas-Unit: Kupang
Wang Timah -Unit Pitis dan Jokoh

Kelantan
Wang Emas-Unit Kijang, Dinar Matahari, Mas Kupang dan Pohon Pitis.

Negeri Sembilan , Pahang, Selangor dan Perak
Wang Timah-Unit: Jongkong Tampang.

Mata wang British hanya mula diperkenalkan di negeri negeri selat pada abad ke 19 .

Kesimpulanya ,sebelum 1511 iaitu sebelum Portugis menawan Melaka lagi bangsa Melayu sudah pun memiliki sistem matawang sendiri .

Kredit kepad:BAB 9: Warisan Kesultanan Melayu.

-mohd salleh mazukhi-

#TMK

#Sejarah

All Right Reserved by The Melaka Kini  | Copyright @ 2019

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *