Tak perlu ke Kedah, Di Melaka pun ada!

MasyaAllah memang cantik pemandangan sawah di Klebang Besar Melaka ni. Gambar-gambar yang indah ini diambil oleh Ariffin Mohd Isa

Korang tak perlu dah nak pergi jauh-jauh semata-mata nak tengok sawah padi di Kedah, sebab dekat Melaka pun ada Bendang yang sangat menyegarkan mata ni. Alhamdullilah!

Nyamannya rasa tengok keindahan ciptaan Allah SWT ni kan.

sebelum tu jom admin MelakaKiniTMK kenalkan korang apa itu klebang yang dipetik dari wikipidea.

Ayuh!  Orang Melaka wajib Baca sampai habis!

Klebang merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia. Ia terletak berhampiran Tanjung Kling. Klebang dibahagikan kepada dua bahagian, Klebang Besar dan Klebang Kecil.

Klebang merupakan bahagian Melaka Tengah yang kedudukan di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang. Klebang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, Klebang Besar dan juga Klebang Kecil. Klebang Besar merupakan kawasan klebang yang mempunyai Pantai Klebang, mengunjur sehingga ke kawasan Balik Buloh, Klebang Kecil pula bermula dari kawasan Pokok Mangga sehingga ke Masjid Klebang Besar.

Klebang besar mempunyai beberapa kawasan kampung antaranya Pulau Gadong, Kampung Permatang, Balik Buloh yang menganjur sehingga ke arah Bertam Perdana, Cheng.Jalan Pulau Gadong merupakan laluan utama kenderaan dari sungai Udang untuk ke Bandarraya Melaka melalui Lebuh AMJ (Alorgajah- Melaka- Jasin).

Di kawasan Pantai Klebang, kerajaan Negeri telah pun menambak kawasan pantai tersebut untuk dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk melaka, kawasan tambak ini mengunjur sehingga ke pantai Kundor, Tanjung Kling (dikenali juga sebagai Pantai Puteri).

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *