Tauke belacan umur 16 tahun cecah pendapatan RM 50K sebulan

Kuala Nerus, 12 Mac – Viral yang terbaru ini adalah seorang remaja yang tinggal di Kampung Seberang Takir, sudah bergelar usahawan dengan mengusahakan sendiri perniagaan belacan.

Nasibnya tidak sama seperti rakan-rakan sebaya nya yang lain yang sedang sibuk menyiapkan kerja sekolah dan bermain. Setiap hari beliau bergelumang dengan udang gagau dan ikan bilis selepas kematian kedua ibu bapanya.

Beliau yang lebih dikenali dengan nama Mohd Aimy Shahril Mat Ali yang baru berusia 16 berkata, beliau telah didedahkan dengan perusahaan membuat belacan dan ikan bilis ketika berusia 13 tahun lagi oleh arwah bapanya iaitu Mat Ali Sulong.

Menurutnya juga, selepas kematian ibunya 9 tahun yang lalu, dia dipelihara sepenuhnya oleh bapanya yang memberi tunjuk ajar menguruskan perniagaan itu.

“Bapa saya baru meninggal dunia bulan lalu namun perusahaan membuat belacan dan ikan bilis ini saya urus sejak empat tahun lalu dengan tunjuk ajar arwah bapa ketika itu.”

“Saya hanya bersekolah hingga tahun enam, malah tidak sempat menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya dalam hidup.”

“Alhamdulillah, saya mampu memperoleh jualan lebih RM50,000 sebulan,” katanya.

Mohd Aimy Shahril juga berkongsi serba sedikit tentang perniagaan yang sedang dijalankan olehnya itu.

 

 

Beliau berkata, ikan bilis yang diperolehinya itu adalah daripada nelayan setempat dan ia akan melalui proses merebus serta jemuran sebelum dijual dengan harga RM 20 hingga RM 30.
Harga tersebut adalah bergantung kepada jenis ikan bilis tersebut.

Selain itu, beliau juga berkongsi maklumat berkaitan jumlah iklan bilis yang diprosesnya dalam beberapa bulan yang lepas. Mac hingga Ogos, dia memproses ikan bilis sebanyak 500 kilogram (Kg) sehari manakala sekitar September hingga November pula sebanyak 1,000 kg ikan bilis.

Pada ketika itu, jualan ikan sedikit murah sehingga boleh mencecah RM 12 sekilogram.

Sambungnya lagi, antara spesies ikan bilis yang diprosesnya ialah bilis pucat tembaga merah, bara dan tembaga hitam. Dalam banyak-banyak spesies ini, tembaga merah adalah paling mahal dijual dengan harga RM 30 sekilogram. Dengan harga seperti itu, beliau mampu menjual sehingga 100 kilogram sehari.

 

“Kini, saya mempunyai seramai 10 orang pekerja yang usia mereka jauh lebih tua dan berpengalaman. Semua mereka itu membantu untuk menguruskan perusahaan ini walaupun saya dalam usia yang masih muda.

“Bagi produk belacan pula, perusahaan ini mampu menghasilkan sehingga 1,000 ketul sehari dan purata 700 ketul dijual setiap hari dengan harga RM4 seketul dan setiap bulan saya memerlukan lapan tan udang gagau untuk menghasilkan belacan terbabit.

“Setiap perniagaan mesti ada cabarannya dan saya tidak terkecuali pernah ditipu dan ia menjadi satu pengajaran dalam dunia perniagaan,” katanya yang juga seorang anak tunggal.

Dalam masa sehari, beliau mampu membuat jualan belacan sehingga mencecah RM 1,000 dan apabila dicampur dengan jualan ikan bilis pula pendapatannya boleh mencecah RM 50,000 dalam masa sebulan.

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *