Umno Pas adakan ceramah di Melaka pada Malam ini, turut hadir DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi

BUKIT KATIL – Ceramah Perpaduan Ummah Umno dan Pas yang akan berlangsung pada malam ini Ahad 24.02.19 tepat jam 9 Malam . Lokasi ceramah tersebut bertempat di Dewan Muallim Bukit Katil Melaka.

Ceramah Perpaduan Ummah tersebut dianjurkan oleh dua Parti Politik besar iaitu PAS dan juga UMNO yang mengalu-alukan kehadiran semua orang tidak kira berbangsa Cina, India dan lain-lain lagi.

Tajuk yang bakal dikupas pada Ceramah Perpaduan Ummah Malam ini adalah ‘Islam Memimpin’ , Apakah Islam di Malaysia lemah? Segala persoalan rakyat bakal terjawab pada Malam ini.

Antara penceramah jemputan yang hadir pada malam ini ialah Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang merupakan Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Marang. Selain itu, turut hadir Tan Sri Haji Annuar Musa, Setiausaha Agung Umno/ Ahli Parlimen Ketereh.

Ustaz Haji Kamaruddin Sidek juga turut hadir , beliau  merupakan Pesuruhjaya PAS Melaka .Turut Hadir Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh, Pengerusi Perhubungan Umno Melaka.

Kita boleh perhatikan dimana Ceramah Pada Malam ini melibatkan Ramai Pemimpin hebat dari dua Parti Yang berbeza iaitu Umno Dan juga PAS.

_______.
©Copyright The Melaka Kini 2019

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *