Hari ini admin nak kongsikan 3 resort cantik kepada korang semua.
Ketiga-tiga resort ini terletak di Melaka.
Orang Melaka pun kadang tak tahu adanya resort yang cantik kat Melaka ni.
Philea Resort & Spa
Resort yang dikelilingi pokok-pokok menghijau ini memberikan anda ‘feel’ seperti berada di hutan dengan bunyi-bunyi burung yang berkicauan.
Hanyalah 20 minit pemanduan dari tapak bersejarah bandar Melaka terletaknya sebuah resort yang betul-betul buat anda terasa seperti tinggal di dunia yang jauh dari kesibukan kota.
Yang mana merupakan impian sesiapa yang sedang bercuti.
Siling bilik yang agak tinggi, dan penggunaan kayu secara total dalam rekaan dalaman bilik memberikan anda pengalaman penginapan yang sangat selesa dan suasana yang sejuk.
Amverton Heritage Resort
Resort ini memiliki gelanggang tenis, kolam renang yang menyeronokkan lengkap dengan gelongsor.
Seperti di taman tema air yang pasti akan menggembirakan bukan sahaja anak-anak tetapi anda sendiri, siapa tak suka main air kan?
Setiap bilik di hotel ini yang agak luas dan juga sangat bersih lengkap dengan penyejuk udara, peralatan membuat air teh dan kopi, peti ais dan cerek elektrik.
Di dalam hotel juga turut disediakan taman permainan kanak-kanak yang penuh warna-warni dan untuk orang dewasa pula boleh menghiburkan diri dengan bermain snooker.
Tandasnya pula menawarkan mandian air panas dan lengkap dengan tab mandian. Satu penginapan yang sempurna bukan?
Mahkota Hotel Melaka
Inginkan penginapan dalam harga bajet tanpa mengabaikan keselesaan?
Menginaplah di Mahkota Hotel Melaka.
Dari hanya RM109+ semalaman, anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan menarik yang disediakan.
Seperti kolam renang yang dikelilingi oleh lanskap indah, taman hijau, taman permainan kanak-kanak, playroom, gimnasium yang lengkap dengan pelbagai peralatan senaman dan sebagainya.
Lokasinya, kurang 1 km dari tarikan-tarikan seperti Upside Down House Gallery dan Taming Sari Tower.
Sekiranya ingin mengelakkan trafik, boleh sahaja berjalan kaki dari hotel.