8 kampung terjejas banjir kilat

8 kampung terjejas banjir kilat

MELAKA 26 Jun – Kira-kira lapan kampung terjejas berikutan banjir kilat akibat hujan berterusan jam 6.00 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Melaka, Leftenan Kolonel Effendy Ali berkata, bagaimanapun tiada pusat pemindahan sementara dibuka.

“Pihak kami menerima maklumat berkaitan hasil rondaan dan maklumat dari penduduk setempat.

“Agensi kerajaan lain turut turun padang memantau keadaan mereka supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Jelasnya, antara kampung dan kawasan terlibat termasuk Kampung Tun Razak, Taman Jati, Batu Berendam, Pengkalan Rama Pantai, Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama, Bukit Datuk A, Tanjung Minyak, Kampung Belian dan Bukit Rambai.

“Sehingga kini paras air terkawal dan semua laluan dimaklumkan dinaiki air iaitu di Jalan depan Petronas atau KFC menghala Ke Plaza Tol Ayer Keroh,

“Kota Syahbandar menghala ke Kota Laksamana dan laluan kanan di hadapan Masjid Sayyidina Ali Bukit Katil juga telah kembali seperti sedia kala,” katanya.

Pada masa sama terdapat juga kejadian pokok tumbang di beberapa lokasi iaitu di Taman Merdeka danTaman Tun Kudu, Bukit Katil.

“Kerja-kerja membersihkan pokok tumbang telah dijalankan dan diselesaikan anggota APM selepas mendapat laporan pagi tadi,” katanya.

sumber- MHI

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *