Melaka Sentral dinaiktaraf dan berwajah baru..

Melaka , 1 April – Info terbaru yang berkaitan dengan perkembangan negeri Melaka adalah Melaka Sentral kini berwajah baru. Lebih mesra rakyat dan lebih maju dengan menggunakan teknologi yang terkini.

 

 

.

Antara yang dinaiktaraf di Melaka Sentral tersebut adalah Terminal Operation System (TOS) dan Centralised Ticketing System (CTS). Dalam masa terdekat juga banyak lagi yang akan dinaiktaraf untuk kemudahan rakyat Melaka.

 

.

Selain itu, Melaka Sentral juga akan dipertingkatkan sebagai sebuah terminal pengangkutan dan pusat membeli belah yang moden. Terminal ini menggunakan teknologi terkini selari dengan hajat Kerajaan Negeri menjadikan Melaka negeri berwibawa serta Pintar, Hijau & Bersih.

 

.

Dengan kemudahan baru yang telah dinaiktaraf ini, diharap sedikit sebanyak dapat membantu rakyat dari segi pengangkutan dan membantu dalam mempercepat lagi urusan berbanding sebelumnya.

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *