Wan Maimunah dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Melaka

Melaka, 10 Mac – Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon air mata Wan Maimunah Wan Abdul Aziz. Pelakon veteran ini tentu sahaja popular di drama yang sentiasa bermain di kaca tv.

 

Wan Maimunah menerima augerah bersempena sambutan Hari Wanita peringkat Negeri Melaka.

Bersempena dengan Hari Wanita sedunia baru-baru ini, Wan Maimunah telah dipilih sebagai tokoh wanita peringkat negeri.

Sambutan yang cukup meriah ini diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, Melaka.

Wan Maimunah yang menetap di Sungai Udang menerima anugerah yang disampaikan oleh isteri Ketua Menteri, Dalilah Awaludin pada majlis sambutan tersebut.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 200 golongan wanita itu bertemakan “Seimbang untuk Sejahtera”. Turut hadir juga Pengerusi jawatankuasa Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Negeri dan Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri.

Dalam ucapan Dalilah yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Amal Isteri Wakil Rakyat Pakatan Harapan Melaka (Harwanis) menyeru agar golongan wanita terus memainkan peranan untuk membangunkan negara.

Beliau juga berkata, wanita perlu bijak membahagikan masa antara tanggungjawab kepada keluarga dan kerjaya.

Katanya lagi, “Tanpa peranan wanita, negara tidak akan dapat membangun seperti sekarang, sumbangan wanita dalam semua bidang iaitu politik, ekonomi, sosial dan agama sangat besar dan selayaknya diberi pengiktirafan” dalam ucapan nya ketika merasmikan majlis sambutan itu.

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *