Bidang Minyak dan Gas bakal diterokai Melaka

Ayer Keroh, 14 Mac – Berita terbaru di negeri Melaka adalah kerajaan Melaka akan berkongsi kepakaran dengan pihak swasta dalam sektor cari gali minyak dan gas. Bidang ini merupakan bidang baharu bagi negeri Melaka.

 

 

Yang menariknya, sektor ini dijangka mampu menjadikan sektor terbabit sebagai sumber pendapatan baharu bagi negeri Melaka serta mampu menjana dan pertingkatkan ekonomi. Perkongsian ini adalah melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) menerusi anak syarikatnya, PKNM Energy Sdn Bhd dengan Dayang Enterprise Sdn Bhd dan Main Velocity Sdn Bhd.

 

 

Menerusi perjanjian ini, Adly Zahari sebagai Ketua Menteri berkata perkongsian kepakaran terbabit mampu memberi manfaat besar bukan saja kepada pembangunan ekonomi negeri, tetapi ia juga untuk memenuhi keperluan dan kesejahteraan rakyat.

 

 

Tambah beliau lagi, menerusi perjanjian itu, semua syarikat berkenaan akan berusaha mencari peluang baharu dengan meneroka setiap lokasi strategik di negeri ini yang mempunyai bahan api terbabit.

 

 

“Tempoh setahun sudah memadai untuk kita meneroka bidang ini dan sudah pasti hasilnya nanti akan memberi keuntungan kepada negeri serta rakyat keseluruhannya,” katanya.

 

 

Begitu kata-katanya selepas bersama-sama menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) tiga syarikat berkenaan.

 

Pada majlis itu juga, turut bersama-sama PKNM Energy yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Ridhuan Affandi Abu Bakar; Dayang Enterprise diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Tengku Yusof Tengku Ahmad, manakala Main Velocity pula diwakili Pengarahnya, Syarifah Fatin Amirah Syed Abdul Rahman.

 

 

Selain itu, setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hasan dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Hanafi Sakri juga turut hadir bersama-sama dalam menjayakan majlis perjanjian tersebut.

 

 

Ridhuan juga sempat berkata, PKNM meluas dan mengembangkan lagi aktiviti perniagaan sedia ada dengan menceburi bidang minyak dan gas.

 

 

Hal ini kerana, dengan usaha yang baharu ini susulan terdapat banyak projek mega minyak dan gas di negeri ini seperti projek Diesel Euro Five oleh PETRONAS serta projek pengembangan loji jana kuasa eletrik oleh EDRA Energy.

 

 

“Dengan kepakaran yang ada pada Dayang Enterprise dan Main Velocity, hasrat untuk menceburi bidang minyak dan gas akan berjaya dilaksanakan, sekali gus dapat membuahkan hasil lebih baik serta menyumbang semula kepada pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya.

 

Dayang Enterprise Holdings Bhd akan meneroka projek bersama 2 buah syarikat lain.

 

Menerusi Berita Harian Online pada 13 Mac 2019,dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Dayang yang juga penyedia perkhidmatan sokongan minyak dan gas berkata, PKNM adalah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka manakala MVSB terbabit dalam projek seperti pemasangan paip dan penyelenggaraan industri petrokimia.

 

 

Dayang berkata bahawa kedua-dua pihak iaitu PKNM dan juga MVSB akan terus berunding satu sama lain dan melaksanakan lebih terperinci dan muktamad mengenai perjanjian yang berkaitan selepas itu.

 

 

“MoU akan mula berkuatkuasa pada tarikh menandatangani MoU (12 Mac) dan berkuat kuasa selama tempoh enam bulan atau sehingga perjanjian yang relevan dilaksanakan, mana lebih awal,” demikian menurut syarikat itu.

 

 

Tetapi walaubagaimanapun, kerjasama yang telah terjalin itu tidak boleh ditafsirkan sebagai syarikat usahasama atau urusan perniagaan.

 

“MoU ini tidak mengikat mana-mana pihak,” kata syarikat itu

 

 

Lebih jelas lagi, dengan kerjasama antara semua syarikat ini, PKNM akan membantu dalam mendapatkan sumber tempatan yang diperlukan dengan projek berkaitan. Mereka juga perlu mengawasi serta memantau perancangan dan kemajuan cadangan projek yang dilaksanakan.

 

 

Tanggungjawab penuh terhadap Dayang berkaitan strategi pergniagaan, memperoleh kelulusan , lesen, permit dan lain-lain perkara yang berkaitan.

 

 

Manakala, MVSB akan bertanggungjawab sebagai pakar strategi pembangunan perniagaan dan penyelaras perniagaan untuk projek berkaitan.

 

Sumber : BH Online

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *