Simpan video lucah punca Bangladesh dipenjara setahun

Ayer Keroh, 23 Mac – Seorang lelaki warga Bangladesh menerima padah apabila beliau terlalu seronok menyimpan koleksi video lucah dalam telefon bimbit. Beliau menerima hukuman penjara selama setahun oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.

.
Selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Bangladesh, pengakuan bersalah oleh tertuduh Halim Miah, 27 dirakam di hadapan Majistret Teoh Shu Yee.

.
Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan terhadapnya, tertuduh didakwa memiliki rakaman video lucah yang tersimpan dalam telefon bimbit jenis Asus berwarna hitam, di Pejabat Agama Islam Melaka, Kompleks Perniagaan Al-Azim Bukit Palah pada 9 Februari 2019 jam 3.30 Petang.

.
Hukuman yang diterima oleh tertuduh adalah penjara hingga 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut seksyen 292 kanun keseksaan.

.
Tertuduh merayu agar dikenakan hukuman penjara yang rendah dan mahu segera dihantar pulang ke negara asal untuk bertemu dengan keluarga dan kanak-kanak kerana tidak diwakili oleh peguam.

.
Walaubagaimanapun, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal, Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan prosiding memberi cadangan kepada kepada mahkamah untuk mengenakan hukuman yanb setimpal kerana kes ini agak serius dan bertujuan juga untuk memberi pengajaran kepada tertuduh.

.
Justeru itu, Shu Yee memerintahkan bahawa tertuduh dipenjara bermula dari tarikh ia ditangkap iaitu 9 Februari lalu. Perintah ini juga berdasarkan hujah yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *