Adly mahu TNB selesai segera isu Smart Meter

Adly mahu TNB selesai segera isu Smart Meter

Isu Smart Meter ni, TNB kena tampil beri penjelasan, Jangan asyik menyorok je…

PANTAI PUTERI 6 Mei – Ketua Menteri, Adly Zahari menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyelesaikan segera aduan rakyat yang mendakwa kenaikan bil elektrik secara mendadak setelah membuat penukaran bacaan meter lama kepada smart meter.

Beberapa hari lalu, isu membabitkan kenaikkan bil elektrik akibat penukaran meter pintar disuarakan ratusan penghuni kediaman di media sosial termasuk ada antaranya yang ‘menyerang’ ruangan komen TNB Careline.

Adly berkata, pihak TNB wajar memperhalusi perkara ini dengan menggerakkan unit pemantau bagi mengetahui secara jelas punca kenaikkan.

Katanya, antara rungutan yang diterima antaranya juga membabitkan laman data penggunaan dan sebagainya.

“Smart Meter itu tujuannya supaya pengguna boleh menilai kaedah penggunaan, dimana mereka boleh gunakan untuk memantau penggunaan waktu mana yang mereka gunakan.

“Saya rasa kegagalan pengguna itu mengakses data membuatkan, pengguna juga tak dapat maklumat tepat dan TNB perlu baiki komunikasi mereka terhadap rakyat terutamanya dengan peningkatan kadar tenaga,” katanya.

Melaka antara negeri yang menjadi projek selain Putrajaya pada 2014 untuk menggunakan smart meter atau meter pintar bagi mengukur dengan cekap kadar penggunaan elektrik di rumah mendapat sambutan positif pengguna, ia akan diperluaskan ke seluruh negara.

Pada 5 Mei lalu, TNB Careline menerusi kenyataannya di Facebook memberitahu orang ramai agar menyalurkan segala aduan berhubung penggunaan smart meter menerusi talian 1300885454, namun menerima kecaman dari warga net.

Sumber – Melaka Hari Ini

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *