Hati-Hati..Sindiket wang palsu kini rancak di Melaka

Melaka, 24 Mac – Sindiket terbaru yang sedang rancak diperkatakan yang berlaku di sekitar Melaka adalah berkaitan sindiket duit palsu RM 100.

 

 

.

Info berkaitan duit palsu ini juga di viralkan di laman sesawang facebook yang bertujuan untuk mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan berwaspada dengan sindiket ini.

 

 

 

.

Salah seorang netizen yang sudah terkena dengan sindiket duit palsu ini berkata nombor siri bagi kedua-dua duit palsu dan duit asli adalah sama dan tiada yang menunjukkan sebarang  perbezaan untuk mengenal pasti ia nya adalah palsu.

Nombor siri yang terdapat di wang kertas palsu adalah sama dengan wang kertas asli.
Kedua-dua wang kertas yang tidak jauh beza menyebabkan orang ramai akan mudah tertipu dengan wang palsu ini.

 

 

 

.

Antara cara yang digunapakai oleh sindiket yang menggunakan wang palsu ini adalah ketika waktu orang ramai sedang sibuk membeli belah dan membuat bayaran di kaunter. Jurukaunter sudah pasti tidak akan menang tangan untuk melayan pelanggan dan mengenal pasti duit palsu atau tidak.

 

 

 

.

Walaubagaimanapun, perbezaan utama antara wang palsu dan asli adalah ketebalan wang tersebut. Orang ramai dan jurukaunter terutama sekali boleh membuat penelitian dahulu sebelum menerima sewenang-wenangnya duit daripada orang ramai.

 

 

 

.

Nasihatnya kepada orang ramai agar terus melakukan tindakan terhadap individu yang memberikan wang palsu ini dengan membawanya ke balai polis kerana sindiket ini adalah kesalahan yang melibatkan jenayah dan individu yang terlibat boleh diambil tindakan daripada pihak berkuasa,

 

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *