Melaka ada Bas singgah-singgah, Terbaik!

 

MELAKA – Kerajaan negeri menyasarkan 3,000 penumpang sehari akan menggunakan perkhidmatan Bas Singgah-Singgah yang akan beroperasi April depan.

 

 

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Datuk Roslan Ahmad berkata, inisiatif Panorama Melaka Sdn Bhd (Panorama) itu akan merancakkan kembali sektor pelancongan selain mengurangkan kesesakan lalu lintas, terutamanya di kawasan bandar.

 

 

 

“Jika sambutan menggalakkan kita mungkin akan menambah lagi bilangan bas itu selain menambah baik perkhidmatan dari semasa ke semasa.

 

 

“Memang sasaran dan harapan kita untuk mengatasi kesesakan, terutamanya pada hujung minggu apabila pelancong luar masuk ke Melaka,” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

 

Sinar Harian pada Disember tahun lalu melaporkan, Panorama akan memantapkan dan memperkasakan perkhidmatan dengan memperkenalkan ‘Bas Singgah-Singgah’ awal tahun depan.

 

Bas pelancongan dalam negeri itu merupakan satu kerjasama dengan sebuah syarikat swasta di ibu negara dan ia akan dimuktamadkan selepas syarikat pengangkutan awam negeri itu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat terbabit.

 

 

 

Mengulas lanjut, Roslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, pada peringkat awal empat buah bas berkonsepkan elektrik dilengkapi rangkaian jalur lebar tanpa wayar (WiFi) akan digunakan dan bergerak dari Melaka Sentral sebelum melalui enam hentian khas yang telah dikenal pasti seperti Zoo Melaka, Bangunan Stadhuys, Muzium Samudera, Menara Taming Sari, Muzium Kapal Selam dan Dataran Klebang.

 

“Setiap hentian yang telah dipilih merupakan antara kawasan tumpuan pelancong di negeri ini dan kita berharap pelancong dapat memanfaatkan kemudahan itu apabila dilancarkan kelak,” katanya.

 

Kredit – SH

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *