Pemberhentian pekerja Infineon tidak benar – Mohd Rafiq

AYER KEROH 26 Nov. – Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (PH-Paya Rumput) menafikan dakwaan Datuk Seri Utama Idris Haron (BN-Sungai Udang) yang mengatakan ekonomi Melaka mula merosot.

Idris sebelum ini mendakwa situasi itu berlaku, selepas syarikat elektronik, Infineon Technologies (M) Sdn Bhd (Infineon) yang berpengkalan di Batu Berendam, membuang seramai 300 pekerjanya baru-baru ini.

“Saya telah semak dengan bahagian pengurusan kilang berkenaan dan angka itu tidak benar.

“Jumlahnya hanya 110 orang yang mana, kesemua mereka telah menandatangani kontrak untuk berkhidmat selama enam bulan.

“Dan mereka juga adalah pekerja yang diambil sebuah syarikat bagi menampung tenaga berkemahiran diperlukan Infineon bagi projek yang ketika itu meningkat.

“Bila produksi kembali seperti biasa, maka 110 pekerja ini tadi ditamatkan, oleh itu, gambaran prospek pelaburan Melaka merudum adalah tidak benar dan pembohongan semata-mata,” katanya semasa ucapan penangguhannya sebentar tadi.

Sumber – MHI

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *