Penungang Agama!

BANDARAYA MELAKA 16 Jan. – Helah menaikkan harga makanan seperti tertera di menu dapat dihidu oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Kredit- Melaka Kini.my

Melalui operasi itu, sebuah kedai makan 24 jam di Jalan Hang Tuah telah diserbu anggota penguat kuasa KPDNHEP kerana menyalah guna peraturan perniagaan ditetapkan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Azeem Nazuri berkata, operasi tersebut membabitkan lapan pegawai, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan juga Kementerian Kesihatan Negeri.

Ujarnya, siasatan di premis itu, penipuan berlaku apabila harga yang dilabel dalam menu tersebut dinaikkan lima sen kepada pelanggan yang membayarnya di kaunter.

Malah, hanya sebuah sahaja buku menu terdapat di premis itu dan tiada papan tanda harga diletakkan di kedai tersebut.

Menurutnya, operasi juga mendapati, premis itu tidak mempunyai sijil halal yang disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Jelasnya, premis tersebut turut menggantung kalimah ayat suci al-Quran dan hanya logo halal dipamerkan dari produk teh minuman sebagai helah bagi meyakinkan pelanggan.

“Kerajaan mengambil langkah proaktif bagi memastikan pengguna Islam tidak terpedaya memilih makanan melibatkan makanan halal.

“Melalui operasi ini, premis tersebut dikenakan kompaun RM300 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan kertas siasatan akan dibuka melalui Akta Perlindungan Pengguna 1999,” katanya.

Sementara itu seorang pelanggan, Nor Amirul Aziq Azman,19, berkata, dia terkesan dengan tindakan kedai terbabit disebabkan harga makanan yang tinggi.

Katanya, dia terkejut kerana pernah di caj kerana memesan pinggan kosong, malah caj perkhidmatan turut dikenakan kepada pelanggan.

Amirul selaku seorang pelajar terpaksa membeli makanan di kawasan itu kerana berdekatan dengan kampusnya, malah rata-rata kedai di kawasan itu mengenakan harga yang sangat tinggi.

“Akhirnya saya dapat meluahkan perasan kepada pihak KPDNHEP yang turun padang mengatasi masalah pelanggan di sini.

“Saya harap masalah kenaikan harga makanan perlu apatah lagi dilema ini kerap dihadapi pelajar yang kebanyakannya didiami pelajar di kawasan ini,” katanya.

Sehubungan itu, sebanyak 784 premis telah diperiksa bermula 1 hingga 13 Januari lalu bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah KPDNHEP termasuk pengesahan Halal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Kredit- Melakakini.my

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *