Rumah dibiayai 100% daripada Kerajaan Negeri Melaka

Ayer Keroh, 9 Mac – Baru-baru ini kerajaan negeri telah memberi tawaran kepada golongan mampu milik untuk memiliki rumah percuma.

Rumah percuma ini adalah di bawah pembinaan Rumah Peduli di atas tanah milik kerajaan yang dijangka siap jun ini.

Bagi membela nasib golongan ini, deposit bil utiliti juga turut ditanggung oleh Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri (JAPERUN).

Ketua Menteri berkata, masyarakat luar bandar akan lebih diutamakan kerana kekangan ruang tanah dibahagian bandar.

Beliau berkata juga..
“Rumah Peduli yang dibina di atas tanah persendirian kekal menjadi milik pemilik tanah, manakala rumah yang dibina atas tanah kerajaan kekal milik kerajaan, itu sahaja bezanya. ”

 

Tujuan utama pembinaan Rumah Peduli ini adalah untuk menanggung sepenuhnya oleh kerajaan Negeri golongan yang kurang mampu.

Menurutnya juga, Rumah Peduli akan dibina dengan dua model iaitu model dua bilik berharga RM30,000 dan model kedua yang memiliki tiga bilik dengan harga RM37,500.

60 buah rumah negeri akan diperuntukkan dalam masa setahun dengan peruntukan RM3 juta diberikan percuma kepada golongan sasar.

 

Rumah belia juga turut disediakan untuk golongan yang tidak pernah memiliki rumah yang berumur 20 hingga 35 tahun.
Rumah harapan juga turut disediakan untuk golongan yang berumur 21 tahun ke atas.
Rumah berkat ini untuk membantu golongan yang memerlukan untuk mendapatkan rumah sewa yang selesa.

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *