Sungai Melaka

 

Sungai Melaka, siapa sahaja yang tidak kenal dengan sungai yang berada di tengah bandaraya bersejarah ini. Sebagaimana yang kita tahu sejak dari dulu lagi bahawa sungai merupakan tempat yang amat penting dalam sesebuah tamadun. Seperti Sungai kuning atau Sungai Hwang Ho untuk Tamadun Hwang Ho.

Begitu juga dengan Sungai ini yang penuh dengan sejarah kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka. Sehingga kini, sungai ini masih mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana kerajaan telah melakukan usaha untuk mengekalkan nilai sejarah tersebut dengan mengekalkan penempatan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan, perbandaran dan kawasan perkuburan lama.

‘Harta Karun’ Di Sungai Melaka

 

Pasti anda tertanya-tanya tentang harta karun ini. Harta karun yang berada di sungai ini bukanlah berbentuk emas mahupun perak. Tetapi ianya ialah duit syiling lama yang mempunyai nilai sejarah tersendiri yang lebih berharga dari emas. Orang ramai menjadikan tebing Sungai Melaka yang berhampiran dengan Kampung Mortem sebagai tempat untuk mencari syiling-syiling lama.

Syiling lama ini bukan sahaja menarik tumpuan orang ramai, malahan ianya menarik minat para ahli pencari khazanah. Mereka semua sanggup menghabiskan masa berjam-jam dengan menggunakan alatan seperti cangkul demi menemukan syiling-syiling tersebut yang dipercayai sangat tinggi nilai sejarahnya. Syiling-syiling tersebut dipercayai digunakan sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Pada zaman silam, muara sungai ini diperakui sebagai laluan utama para pedagang untuk berdagang di Negeri Melaka. Pedagang ini semua datang dari negara seluruh dunia seperti dari China, Negara-negara Arab serta dari benua Eropah.

Pencari khazanah di sungai ini juga telah menemui 7 hingga 19 keping syiling lama yang digunakan oleh para pedagang dari China ketika era pemerintahan Dinasti Chin. Ini kerana pada syiling tersebut mempunyai tulisan cina. Mereka juga menjumpai kepingan syiling yang mempunyai tulisan arab yang dipercayai telah digunakan oleh para pedagang dari Negara Arab.

Di samping itu, mereka juga menjumpai syiling yang mempunyai tulisan inggeris padanya. Perkataan inggeris yang digunakan pada syiling tersebut ialah “Liberty” dan “United States of America”. Para pencari khazanah masih lagi percaya bahawa masih terdapat artifak sejarah yang masih belum ditemui di Sungai Melaka ini.

Perkhidmatan Pelancongan Di Sungai Melaka

Kerajaan Negeri Melaka telah menyediakan beberapa aktiviti pelancongan untuk dinikmati oleh para pelancong sama ada pelancong daripada luar atau dalam negara.

Antara perkhidmatan yang disediakan;

  1. Perkhidmatan ‘river cruise’ sepanjang Sungai Melaka.
  2. Perkhidmatan Monorel Melaka menyelusuri Sungai Melaka.
  3. Marina Melaka di muara Sungai Melaka – untuk sukan rekreasi laut.
  4. “Malacca Duck Tours”, bot amfibia yang membawa pengunjung merentasi laluan di sekitar Jalan Taman Melaka Raya dan terus ke Pulau Melaka sebelum turun ke laut. Ia kemudian melalui sepanjang pesisiran Selat Melaka sehingga naik semula ke darat berhampiran muara Sungai Melaka.
  5. Hotel “Casa del Rio” di Jalan Kota Laksamana.

Harga Tiket

Bayaran untuk ‘river cruise’ ialah;

  • Dewasa (Warganegara) – RM 25.00.
  • Kanak-kanak (Warganegara) – RM 15.00.
  • Dewasa (Pelancong Asing) – RM 30.00.
  • Kanak-kanak (Pelancong Asing) – RM25.00.

Waktu operasi: 9.00 pagi – 11.30 malam
Alamat: Jalan Laksamana, 75000 Melaka
Laman web: http://www.ppspm.gov.my/

Bayaran untuk Melaka ‘Duck Tour’ ialah;

  • Dewasa (Warganegara) – RM 42.00.
  • Kanak-kanak (Warganegara) – RM 25.00.
  • Dewasa (Pelancong Asing) – RM 48.00.
  • Kanak-kanak (Pelancong Asing) – RM 30.00.

Waktu operasi: 9.30 Pagi – 6.30 Petang.
Alamat: Melaka Duck Tours, Jalan Merdeka, 75000 Banda Hilir, Melaka.

Baca juga;

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *