3 Hotel Terapung Yang Best ini akan berkongsi dengan anda semua yang ingin cuba untuk duduk di hotel yang bawahnya laut.
Selamat membaca!
Pangkor Laut Resort
Jauh daripada sebarang gangguan bunyi dan udara kerana lokasinya yang dikelilingi taman tropika dan laut.
Untuk sampai ke resort yang terletak di Selat Melaka ini, anda perlu menaiki bot laju yang disediakan daripada Marina Island Pangkor yang mengambil masa selama 15 minit.
Hotel ini juga menyediakan tempat untuk bermain skuasy, tenis dan bilik kecergasan.
Bab makan anda tak perlu risaulah, sebab ada 8 restoran yang boleh anda pilih, yang bestnya, dapat makan makanan laut segar bertemankan pemandangan laut lagi.
Bagi anda yang nak memanjakan diri anda, terdapat spa yang dapat memberikan anda layanan yang memang baik punya!
Avani Sepang Gold Coast
Siapa yang tak mengidamkan sebuah penginapan yang lengkap dengan pemandangan yang menyejukkan mata bukan?
Di sini anda dikelilingi oleh pemandangan laut yang sangat menarik terutama sekali pada waktu matahari naik dan terbenam, sampai terlupa segala beban di kepala.
Bilik juga luas, keselesaannya memang tak perlu dipersoalkan, tip-top!
Penginapan di sini terasa cukup mewah dengan kemudahan spa, pusat kecergasan dan kolam renang infiniti yang disediakan.
Pihak hotel turut menyediakan basikal, permainan meluncur angin dan banyak lagi untuk bersuka-ria bersama keluarga tersayang sambil menikmati panorama alam.
Mabul Water Bungalow
Kejernihan airnya menjadikan aktiviti menyelam sangat menyeronokkan kerana anda dapat melihat dengan jelas panorama hidupan laut.
Airnya yang jernih ini juga membuatkan anda dapat menikmati pemandangan hidupan marin dengan hanya menjenguk keluar melihat air dari balkoni bilik anda.
Bilik-bilik di Mabul Water Bugalow juga agak luas dan memiliki reka bentuk tradisional, tapi tetap dilengkapi dengan kemudahan moden seperti internet, tv bersaluran satelit, tandas juga lengkap dengan mandian air panas.