Babi Indonesia ceroboh Melaka – Norhizam

MELAKA: Bandaraya bersejarah, Melaka yang beberapa kali dicerobohi penjajah sejak ratusan tahun dulu kini dikejutkan dengan pencerobohan terbaru dari Indonesia.

Walau bagaimanapun, pencerobohan kali ini bukanlah dilakukan oleh manusia, sebaliknya oleh babi hutan yang berenang merentasi selat Melaka dari negara jiran itu.

YB NORHIZAM BIN HASSAN BAKTEE, EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani berkata babi hutan merupakan perenang yang cekap, tetapi kerajaan negeri tidak menyangka mereka berupaya merentasi selat Melaka yang sempit dari Sumatera demi mencari habitat baru, lapor The Star.

“Pencerobohan dari laut oleh babi-babi hutan ini menyebabkan keresahan kerana populasi haiwan tersebut meningkat di Melaka.”

“Pulau Besar yang mistikal menyaksikan kemusnahan meluas kesan dari perpindahan puluhan babi-babi hutan ini termasuk anak-anak babi”

Tambah NORHIZAM lagi, nelayan melaporkan melihat muncung haiwan tersebut sepanjang garisan pantai Melaka hampir setiap malam.

“Sekarang, Melaka didiami babi hutan dari Indonesia.” , katanya.

Tambah beliau lagi, jumlah babi hutan mungkin akan melebihi populasi manusia di Pulau Besar sekiranya situasi ini tidak dikawal.

Tempat mendarat.

“Pulau besar nampaknya menjadi pusat pendaratan untuk babi-babi hutan ini sebelum merentas kawasan berhampiran Ujong Pasir di Semenanjung dan kawasan pantai lain” kata NORHIZAM.

Penembak tepat.

Bagi mengawal populasi babi hutan tersebut, NORHIZAM berkata kerajaan negeri mendapat bantuan dari PERHILITAN.

“PERHILITAN sedang menyediakan tiga orang penembak tepat dalam misi menyelamatkan Pulau Besar dari pencerobohan babi hutan. ”

Pulau Besar merupakan pusat tarikan pelancong dan beberapa perigi purba, dan kubur lama terdapat di situ.

Sumber – Buletin TTKM

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *