3 Tempat Natural Yang Menarik Di Negeri Sembilan

3 Tempat Natural Di Negeri Sembilan ini akan berkongsi dengan anda semua tempat-tempat seperti di sungai atau bukit.

Sesiapa yang mungkin suka untuk mandi sungai atau panjat bukit, 3 tempat ni memang sesuai untuk korang semua.

Bukit Melati, Nilai

Bukit ini berketinggian 350 meter dari aras laut dan mempunyai trek sepanjang 4 kilometer sahaja.

Cukup dengan sebotol air dan coklat sebagai bekalan, anda akan menghabiskan masa kira-kira 1 jam hingga 1 jam setengah untuk mendaki ke puncak.

Di puncak, akan akan menikmati pemandangan indah bandar Nilai terutama di waktu matahari terbit.

Bukit Melati hike | POKOK KELAPA

Bukit Melati mempunyai beberapa laluan denai ke puncak kecil iaitu Monkey Hill, Centipede Hill, Cobra Hill, Eagle Hill dan Mosquito Hill.

Sepanjang pendakian, anda akan lihat ramai pendaki berhenti di puncak kecil ini untuk berehat seketika sambil bergambar.

Pendakian di sini tidaklah terlalu susah bagi pendaki sejati, tapi bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian, Bukit Melati cukup membuatkan anda hongeh bak kata orang Negeri Sembilan.

Taman Negeri Kenaboi

Mendambakan aktiviti lasak semasa bercuti?

Datanglah ke Taman Negeri Kenaboi yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan.

Taman Negeri Kenaboi – Malaysia Camping

Taman Negeri Kenaboi atau nama lamanya Taman Alam Liar, adalah sebuah kawasan hutan simpan yang berkeluasan mencecah hampir 85 000 hektar.

Cukup mesra pengunjung, taman negeri ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan penting seperti tapak perkhemahan yang luas bagi sesiapa yang ingin bermalam, tandas dan juga dewan.

Berdekatan dengan kawasan perkhemahan juga terdapat sebatang sungai iaitu Sungai Kenaboi yang agak cetek serta berarus sederhana laju menjadikan ianya sesuai untuk aktiviti berkayak.

Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala

Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala yang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Sungai Menyala adalah sebuah tarikan yang berkeluasan mencecah 1280 hektar.

Tarikan yang dibuka pada tahun 2010 ini merupakan salah satu hutan dipterokarp tanah rendah yang terbesar di daerah ini.

SUNGAI MENYALA EDU-ECOTOURISM CENTER (Port Dickson) - All You Need to Know  BEFORE You Go

15% daripadanya adalah kawasan paya bakau yang menambahkan lagi kepelbagaian spesies hutan simpan ini.

Di sini anda dapat melihat pameran tentang jenis-jenis hutan, daun, pokok dan sebagainya dalam suasana yang cukup moden.

Anda turut boleh memilih untuk menginap di penginapan yang disediakan iaitu sama ada double room, twin room atau dorm dalam harga yang sangat berpatutan.

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *