Kronologi Melaka Pada Kurun ke-16

Kurun Ke-16

 

Diego Lopez de Sequiera

1500 – Tun Mutahir, sepupu Tun Perak, dilantik sebagai Bendahara bergelar Bendahara Seri Maharaja dan menjadi bendahara yang paling berkuasa di kalangan para pembesar Kesultanan Melaka.

1509 – Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di rantau Asia Tenggara. Atas sebab perselisihan faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan oleh orang tempatan.

1510 – Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya dibunuh atas titah Sultan Mahmud Shah kerana beliau enggan menyerahkan anaknya Tun Fatimah kepada baginda. Menyedari kesilapannya, Sultan Mahmud Shah turun takhta untuk sementara waktu dan digantikan oleh anaknya, Sultan Ahmad Shah.

1511 – Alfonso D’Albuquerque, wizurai Portugis di Goa, tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh sultan. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Semenjak itu, Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.

1512 – Albuquerque kembali ke Goa pada bulan Januari selepas menyiapkan “A Famosa”, kota kubu yang mempunyai ketinggian menara 5 tingkat. Kemudian Sultan Mahmud Shah menyerang Portugis di Melaka.

1513 – Patih Unus, seorang pahlawan Jawa yang kemudiannya menjadi Sultan Demak di Sumatera, menyerang Portugis di Melaka.

1516 – Laksamana Hang Nadim, anak kepada Hang Tuah, menyerang Melaka.

1518/19 – Askar-askar Sultan Mahmud Shah mengepung bandar Melaka selama 3 bulan.

1523 – Sultan Mahmud Shah menyerang Melaka.

1524 – Laksamana Hang Nadim mengepung Melaka dan memotong bekalan makanannya.

1537 – Serangan orang Acheh yang pertama ke atas Portugis di Melaka.

1545 – Paderi Francis Xavier tiba di Melaka buat pertama kalinya. Selepas itu beliau telah melawat Melaka sebanyak 5 kali.

1551 – Gabungan Johor, Japara dan Perak telah menyerang Melaka dan mengepungnya selama 3 bulan.

1553 – Paderi Francis Xavier mati di Pulau Sanction berdekatan dengan Canton, Cina dan dikebumikan di Gereja St. Paul. Selepas 9 bulan, mayatnya telah dialih dan dikebumikan di Goa.

1567/68 – Dengan pertolongan Johor, Acheh menyerang kubu Portugis di Melaka. Namun, sekali lagi mereka telah dikalahkan.

1571 – Acheh membuat percubaan untuk menyerang Portugis di Melaka, tetapi percubaan mereka sekali lagi gagal kerana ribut taufan yang melanda.

1575 – Japara telah menyerang kubu Portugis di Melaka.

1585 / 86 – Johor telah menyerang Melaka.

1588 – Pelawat Inggeris yang pertama bernama Ralph Ritch telah tiba di Melaka.

1597 – Belanda menyerang Melaka.

 

 

#TMK

#Sejarah

 

All Right Reserved by The Melaka Kini  | Copyright @ 2019

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *