Kuda berlindung pada tiang , Elak ditampar tuannya (Adakah Benar?)

Februari 2019: Bandar Hilir Melaka, Seekor Kuda yang dijadikan tunggangan untuk bawa penumpang ditampar oleh tuannya sendiri telah dilihat oleh beberapa orang Rakyat Melaka yang kebetulan berada disitu.

.

Menerusi laman Facebook milik Mastura Omar, beliau menuliskan rasa kesal terhadap perkara yang dilihat depan matanya sendiri.Kerana baginya kuda tersebut tidak sepatutnya dilakukan seperti itu.

Berikut merupakan postingan yang ditulis oleh beliau pada Facebook miliknya:

“Cerita di Bandar Hillir Melaka petang tadi..

korang pernah nampak tak wajah sugul dan sedih kuda lepas kena tampar?. Sebak bila tengok wajah kuda tu lepas kena tampar oleh mamat cubby yang jaga dia tu. Ingatkan pandangan ku silap sebab aku terpandang sekali imbas dan situasi tu terjadi dengan pantas. Rupanya kawan aku pun nampak.

Macam anak kecik yang biasa dipukul dan didera oleh mak ayahnya. Begitu la kuda tu tadi,   selepas kena libas dia seolah olah nak berlindung dibalik tiang tempat dia ditambat. Sama ada dia takut kena tampar lagi atau dia malu tertangkap ditampar oleh manusia, tak tau la. Tapi sedih serius sedih ku lihat raut sayu muka kuda tu.

Aku tak tau apa sebab dia tampar, apa pun mamat tu tak berhak tampar haiwan yang kerja untuk rezekinya itu.” – tulisnya

.
Allah melarang Kita untuk melakukan keganasan pada setiap makhluknya samada Manusia, Haiwan mahupun tumbuhan. Berlakulah Ihsan pada setiap binatang hattakan Anjing sekalipun .

.
Kadang-kadang Anjing lebih mulia daripada kita yang setiap hari mengumpat dan berbuat dosa ini.

.
Selain itu, ada juga netizen yang melontarkan pendapatnya:

“Aku tak suka la sbnrnya tgok org jadikan kuda ni sbgai Jalan untuk raih keuntungan.  Maksud aku, kalau sukan tu ok la lagi sbb hakikat kuda mmg suka berlari kan.  Tp yg mcm org naik kereta kuda tu oh mann, tlg la. Dlm sehari kau tau tak berpa round dh kuda tu pusing2 dgn Hangat2 lg.  kadang tu aku tgok tuan dia siap pukul bontot dia sbb dia Jalan slow ( mgkin dh penat) . Ingt haiwan pon ada perasaan.  Jgn jd manusia yg tak berperikemanusiaan. Aku pon harap jugak lepasni pada yg ada rasa ehsan terhadap haiwan ni jgnla naik kereta kuda or gajah ( tulang blkg gajah tak sesuai untuk muatan yg berat ya tulang gajah kecik je tak sama dgn Saiz dia).  Tak sedih ke tgok haiwan cmtu Kena kerja untuk tuan dia byk lg cara untuk cari pendapatan. Sekadar pandangan. Tq”

.
Jadilah kita seorang Yang penyayang terhadap Haiwan, kerana mungkin asbab itu kita berada Dalam Syurga nanti.

.

Walaubagaimanapun, pihak pengurusan yang bertanggungjawab dalam hal itu menafikan perkara tersebut, “Kami Berada sepanjang Hari Ketika Dan semasa aktiviti serta operasi berjalan dan Tidak pernah Sama sekali kuda- kuda kami dipukul sedemikian Rupa” – Ujarnya Di Facebook

Disamping itu , Report polis juga telah dibuat bagi mengelakkan berlakunya salah faham Serta tanggapan negatif pelawat Serta pelancong Yang hadir ke negeri Melaka terhadap aktiviti mereka.

Untuk banyak Maklumat berkaitan Di Melaka , sila Like FB Page : Melaka Kini / The Melaka Kini

Website : TheMelakakini.com

©The Melaka Kini | 2019

Để lại một bình luận

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *