MELAKA bagaikan terzahir semula dengan penemuan batu nisan lama..

 

 

 

Melaka, 29 Mac – Empat pasang daripada 10 pasang batu nisan yang dijumpai oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) berlonggokan di Bukit Duyong dipercayai adalah merupakan batu nisan lama yang wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

.
Roslan Ramlan, 52 tahun yang menemui batu nisan tersebut adalah seorang penduduk kampung itu dan ketika menjumpai batu nisan tersebut beliau sedang membersihkan kawasan semak di hadapan rumahnya pada waktu pagi.

.
Menurut Fadhilah Md Salleh, Pengurus Besar Perzim, pihak muzium percaya bahawa sebahagian batu nisan yang dijumpai adalah merupakan batu nisan lama. Peninggalan itu mungkin berumur ratusan tahun iaitu wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

.
Berdasarkan pemerhatian awal batu nisan tersebut, ia diperbuat daripada batu merah atau ‘laterite’ sama seperti batu nisan lama yang terdapat di perkuburan lama di Johor dan Jasin.

.
Untuk masa sekarang ini, kandungan batu nisan dan usianya masih di dalam penelitian lagi dan bukti saintifk juga masih belum diperolehi. Bantuan daripada agensi lain akan diperlukan untuk meneliti lebih lanjut berkenaan batu nisan yang dijumpai ini.

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *