Eco River Cruise bakal tingkatkan ekonomi Melaka

 

 

 

 

 

 

 

Masjid Tanah, 26 Mac – Tidak lama lagi, sebuah pusat pelancongan baru akan dibangunkan di Sungai Ramuan China Besar-Paya Lebar dan sekali gus merancakkan eko-pelancongan dan ekonomi penduduk kampung berkenaan.

.

Menurut Datuk Jailani Mohd Khamis, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, perubahan yang dijanjikan itu akan disiapkan dalam masa dua bulan bagi memastikan tempat tersebut benar-benar dijadikan sebagai pusat pelancongan.

.
Sambung beliau lagi, apa yang sudah dirancang itu akan diteruskan dengan kerjasama Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee dengan mengemukakan cadangan tersebut ke Minit Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak lama lagi.

.
“Dua portfolio ini akan bergabung dan bekerjasama dalam menubuhkan sebuah aktiviti pelancongan yang dikenali sebagai ‘Eco River Cruise’ dan akan dilaksanakan di bawah Enakmen Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai (PPSM).”

.
“Jika dilihat, ia bercirikan bot pelancong Melaka RIver Cruise (MRC) tapi kali ini, kita ubah konsep tersebut dengan menekankan kehijauan alam sekitar berbanding MRC yang tertumpu kepada kawasan pusar bandar,” katanya ketika ditemubual oleh MelakaKini tempoh lalu.

.
Selain itu, beliau juga berkata pelbagai pelmbangunan pelancongan dan pertanian mampu dibangunkan di kawasan tersebut. Hal ini akan lebih merancakkan lagi pelancongan di Melaka.

.
Ketika lawatan itu, turut hadir Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee, Pengarah Perikanan Negeri, Johari Tim.

.
“Perubahan akan kita lakukan di kawasan itu dengan pembinaan beberapa kawasan mendarat (landing point) bagi bot pelancong dan ia melibatkan beberapa lokasi seperti di kawasan sabak arang yang berusia 100 tahun di sungai ini.”

.
Katanya lagi,”in sha Allah kita akan pastikan pembangunan di sini terkawal dengan tidak membenarkan mana-mana syarikat swasta mengambil alih, namun ia dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan negeri. Kita juga akan bekerjasama bersama Koperasi Kampung Paya Lebar bagi urusan operasi dan tenaga kerja. “

.
Bagi menjanjikan pulangan terhadap ekonomi dan eko-pelancongan, Norhizam juga ada menjelaskan bahawa pembangunan lain seperti pembinaan chalet penginapan juga akan diwujudkan.

.
Konsep yang akan diketengahkan adalah konsel alam sekitar yang dibina berasaskan produk kayu bakau. Kemudian, beberapa premis kedai juga akan diwujudkan di kawasan tersebut.

.
“Sungai Ramuan China Besar-Paya Lebar ini dilihat signifikan dan seharusnya dibangunkan kerana kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai khususnya dalam mendapatkan hasil udang galah.”

.
Makluman juga diterima ada yang sanggup datang bermalam tetapi tiada kawasan penginapan yang disediakan.

.
Dengan pembinaan penginapan dan premis jualan makanan, kraftangan dan sebagainya, ia mampu membantu dan meringankan beban masyarakat kampung dalam mendapatkan peluang pekerjaan.

.
Sebelum tamat sesi temubual itu juga, beliau berkata bahawa Eco RIver Cruise akan dilengkapkan dengan kapten kapal yang bertauliah dan juga pemandu pelancong yang akan dieliakan di bawah penubuhan koperasi kampung tersebut.

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *