Jasin antara 10 bandar paling ‘Happy’ di Malaysia

BANDARAYA MELAKA 25 Mac – Jasin antara 10 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang didapati mencapai tahap bahagia menurut kajian Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar (MURNInets) pada 2018.

Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) antara 101 kawasan PBT yang terlibat dalam kajian itu dan mencapai tahap bahagia berbanding penduduk di bandar.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, salah satu dari 10 PBT meletakkan Jasin antara bandar paling bahagia kerana merangkumi pelbagai aspek.

Katanya, faktor bandar bahagia termasuk dari pengurusan sisa pepejal dan faktor pembangunan di daerah itu yang sistematik.

“Kebanyakan pembangunan di Jasin dibangunkan lebih kepada keperluan berbanding kehendak dan ini boleh dilihat sebagai satu kejayaan yang membanggakan dan patut diambil contoh oleh PBT yang lain.

“Di Jasin, ada Jasin Bestari dan seiring dengan namanya, pencapaian itu diambil kira dari aspek kehidupan, kesihatan, hubungan kekeluargaan dan jiran, pengurusan kewangan, aktiviti komuniti, keselamatan, penyediaan kemudahan masyarakat, perkhidmatan PBT, perkhidmatan wakil rakyat dan kualiti alam sekitar di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media program Taming Sari Tower Base Jump 2019, di sini, Sabtu lalu.

Hadir Sama, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Sumber – MelakaKini.my

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *