3 Muzium Menarik Di Kuala Lumpur

Hari ini admin nak berkongsi dengan korang semua, 3 muzium atau galeri untuk dilawati.

Muzium Negara

Bukan sahaja mempamerkan artifak tetapi juga banyak sejarah di sebaliknya mengenai Malaysia dari zaman sebelum penjajahan British dan Jepun lagi.

Mempunyai empat bahagian utama yang dipisahkan mengikut galeri seperti galeri Sejarah Awal, Kerajaan-Kerajaan Melayu, Era Kolonial dan juga Malaysia Kini.

National Museum (Malaysia) - Wikipedia

Jikalau anda seorang yang meminati sejarah ataupun barang antik, ini ialah tempat sesuai untuk anda menghabiskan masa lapang.

Ia mempunyai daya tarikan yang berbeza kerana disini terdapat artifak yang paling berharga iaitu rangka lengkap manusia tertua yang pernah ditemui di Malaysia yang berusia sekitar 10,000 tahun.

Dengan harga yang sangat murah, anda disajikan dengan pelbagai jenis pameran yang dijamin menyeronokkan.

Muzium Tekstil

Muzium ini bertempat di Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur.

Pameran di Muzium Tekstil banyak menumpukan kepada koleksi tekstil.

Pelbagai jenis aksesori dan pakaian yang digunakan pada zaman dahulu sehingga kini dan anda dapat melihat berbagai hasil tangan kesenian yang cantik belaka.

National Textile Museum, tracks trends and developments that characterize  textile and develop community living in Malaysia – klia2.info

Pameran di setiap galeri tersebut mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Dengan hanya mengeluarkan modal sebanyak RM 2, anda dapat belajar pelbagai info serta melihat hasil kesenian yang semakin hilang ditelan zaman.

Muzium Polis Diraja Malaysia

Terdapat lebih kurang 3,000 senjata dan artifak yang dipamerkan berkaitan polis dan sejarahnya pada zaman dahulu.

Tidak dinafikan tarikan utama muzium ini ialah galeri senjata.

Muzium Polis Diraja Malaysia pasti menjadi tempat wajib dilawai bagi sesiapa yang beminat ingin mengetahui lebih mendalam dengan sejarah polis.

Siapa Penjenayah Botak Chin? Muzium Polis Di Raja Malaysia Ada Jawapannya -  LIBUR

Kemasukan ke muzium ini ialah percuma dan dibuka setiap hari kecuali hari isnin.

Tempat yang best untuk melihat pelbagai pameran yang disediakan dan mempelajari tetang kepolisan dan sejarahnya.

Baca juga: Pelanggan kena marah?

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *